Sunday, 31 July 2011

bulan ramadhan :D

bulan ramadhan datang lagi pada tahun ni..
aku nak mengucapkan selamat berpuasa kepada orang yang membaca blog ni :)
harap bulan ramadhan ni kita banyak berbuat baik sesama manusia..banyak beribadat kepada Allah..

aku harap bila puasa ni aku bersabar..
dan boleh lah kurus badan aku ni hehe..
apa-apa pun puasa ye..jangan ponteng kecuali perempuan..
aku tengok kawan-kawan aku semua tak sabar nak puasa..
bagus lah tu :D

sekali lagi selamat berpuasa semua :)

Wednesday, 27 July 2011

gurau kasar dan gurau baik..

hari ni..aku rasa nk cakap hal tentang bergurau dengan orang..
ada orang gurau dia kasar..ada orang gurau dia baik..
tapi kalau nak bergurau tengok pada orang lah..
kadang-kadang ada orang dia cepat terasa macam aku..aku memang cepat terasa..
kalau masa tu mood aku baik aku boleh sabar...tapi kalau mood aku tu tak berapa baik memang aku tak layan orang..

aku tahu dia bergurau tapi dia kena tahu lah cara nak bergurau tu...
ada orang cakap..dia bergurau je tu..bagi aku..ok,dia hanya bergurau tapi kena ingat tengok orang dia macam mana..
macam kita juga...kita bergurau dengan orang tu tapi gurau cara yang salah..kita tak tahu perasaan dia macam mana..nampak jer dia tenang tapi dalam hati siapa tahu..
cuba kita pula kena gurau macam tu..mesti terasa kan..
ada orang dia cool..ada orang dia cepat terasa..berbeza kan..

aku nak cakap kalau nak bergurau..gurau cara yang baik..jangan gurau yang kasar..
kita tak tahu..takut cara kita gurau tu buat orang terasa..nanti orang tu tak suka kita..
nanti timbul lah pergaduhan..
kita tahu kita cuma bergurau..tapi tengok orang dia macam mana..

Tuesday, 26 July 2011

kesilapan...

hello.. :)
hari ni aku kena perli dengan kawan aku..
sebab aku selalu tersilap bila buat akaun..
lebih2 lagi bila nak buat imbangan duga..siapa yang belajar akaun dia tau lah apa imbangan duga..

imbangan duga ialah satu senarai baki-baki debit dn kredit yang diambil drpd akaun-akaun dlm lejar dan buku tunai pada suatu tarikh tertentu untuk menguji ketepatan catatan bergu..
itu lah maksud imbangan duga...kita nak tahu debit dan kredit tu sama ke tak baki dia..
kesilapan aku ialah..selalunya mesti ada terlebih mcm contoh :baki debit lebih banyak dari kredit..
stres aku nak buat balik..dan aku pun kena perli dengan kawan aku..
aku cakap dekat dia.."apahal,kau pun sama juga kan??"
aku gaduh dengan kawan aku...gaduh gurau jer..
dia memang mcm tu..cari gaduh dengan aku..bila dia tak datang rasa sunyi pula..hehehe..

ok..dah mcm lari dari tajuk pula..apalah aku ni..haish.. *ketuk kepala
pengajaran aku..aku kena berhati-hati..masa nak buat akaun..kalau tak,banyak lah kesilapan aku..

Monday, 25 July 2011

gembiranya!!

semalam..seronok sangat..
aku balik rumah family aku..jumpa siblings..aku rasa rindu kat dorang...
aku duduk rumah family aku tak sampai beberapa hari..1 hari jer..esoknya mak cik aku ambil aku..

akhirnya dapat juga aku tengok harry potter and the deathly hallows part 2..
tengok dengan siblings aku..
tapi entah lah tiba2 aku rasa sedih sebab cerita harry potter dah habis...nampak macam cepatnya masa berlalu(kenapa lah tiba2 emotional ni)
ermm...apa2 pun terima kasih kat J.K Rowling sebab menghasilkan cerita yang best ni..

lagi 1 aku rasa happy jumpa family aku..
sebenarnya aku tak tinggal dengan family..aku tinggal dengan mak cik dan nenek aku..
jumpa pun kadang2..
aku rasa bersyukur sangat2..thank u Allah
harap dapat jumpa family aku lagi..

Thursday, 21 July 2011

penatnya...

hari ni agak penat lah..
sebab dekat sekolah aku ada raptai untuk sukan tahunan sabtu ni..aku ada hal pada sabtu tu tapi aku gi je lah...
aku masuk untuk kawad (puteri islam) ..dan jadi pemegang bendera..berat betul..sakit tangan aku nak pegang bendera tu..
yang aku tak suka tu..kain dia panjang..so,rasa terganggu lah..

first time jadi pemegang bendera..memang takut lah..yelah selalunya pemegang bendera selalu depan..
tapi nasib baik semuanya keadaan baik..
aku harap sukan tahunan nanti tak ada apa2..semuanya berkeadaan baik..


Tuesday, 19 July 2011

ft island

helo..orang yang tengok blog ni..
selamat datang :) terima kasih kerana melawat blog ni hehe :)
hah..hari ni nak cerita pasal ft island..
aku tukar kepada lagu ft island (bad woman)

aku suka sangat lagu ni..sebab suara lee hong ki tersangat lah merdu..hahaha tapi betul lah..
sekarang dah ramai minat ft island..lagu dia jiwang tapi best..

ft island



yang paling aku minat lee hong ki..
dia comel sangat :) aku tahu masa dia berlakon dalam drama he's beautiful..
masa tu dia comel sangat..
semua group ft island aku suka :D
first time dengar lagu dorang ni..aku suka sangat lepas tu aku nangis sebab sedih sangatt lagu dia..
ft island pernah datang malaysia tapi lupa tahun bila..
harap dorang datang lagi malaysia..walaupun aku tak dapat tengok konsert dorang..








ini je lah aku dapat cerita tentang ft island..
aku harap lagu dia best tahun depan :) FIGHTING !!



Monday, 18 July 2011

nak tengok Harry Potter and Deathly Hallows Part 2

cerita harry potter dah keluar kat pawagam..
aku nak tgk2 sangat :(
ni yang terakhir..tu lah sebab nak tgk sangat..

aku cakap kat kawan aku sebab dia dah tengok..dia ckp best!!
aku rasa nak sangat tengok..bila dia cerita kat aku..
aku harap dapat gi tengok cerita tu..hmmm :(

Friday, 15 July 2011

ermm..entah lah...

aku tak tahu lah..nak cakap mcm mana hari ni..
memang hari ni aku tak ada mood...tapi aku cuba juga cakap2 dan gelak2 dgn dorang..
dekat sekolah tadi...ada lah aku terasa hati kat orang but aku lupakan je lah..

esok,aku tak pergi tuisyen..aku cakap lah dekat dyba..tapi dia nampak mcm marah aku..
aku rasa bersalah dekat dia..aku tak tahu nak cakap mcm mana..
ermm..aku cuma nak minta maaf dekat dia..
i'm so sorry :(

Wednesday, 13 July 2011

senyum :)

helo..helo.(teringat pula lagu ft island)
aku tak tahu kenapa rajin nak update blog hari ni..
hehehe :)

aku suka tengok orang senyum..buat aku rasa gembira..lebih2 lagi orang yang rapat dengan aku..
kan bila waktu pagi aku ada kerja nak buat iaitu menghantar paper...
selalunya,ramai lah kawan2 dan sham lepak kat tempat aku dan shafa (kwn yang menolong aku) bekerja tu..
aku bila tengok dorang senyum..rasa gembira sangat...tapi...
bila tengok dorang bad mood jer..aku rasa tak gembira..
mungkin dorang ada problem..aku faham..

aku suka cakap dengan kwn2..gelak2 dengan dorang..
aku rasa gembira sangat :D
harap dorang selalu senyum :)
(adakah apa yang aku type ni ada kena mengena dengan tajuk hari ni??aku harap ya..)

Tuesday, 12 July 2011

boring betul hari ni..

hari ni ramai yang tak ada dlm kelas..sebab ada saringan..
ada yang QM..ada yang ambil bahagian dlm acara masing2..
aku pula duduk dalam kelas je lah..cakap2 dengan kawan..boring betul 

disebabkan cikgu busy juga..jadi tak belajar kecuali akaun dan sains..
esok pula tak ada kokurikulum sebab ada saringan juga..
hehe..esok boleh balik awal..yeah!!




Monday, 11 July 2011

apa nak jadi dengan aku ni..

haish...
apalah nak jadi..
hari ni..aku tak sentuh langsung homework..tengah2 malam baru nak buat..
aku tak tahu lah kenapa..
mungkin asyik duduk depan komputer sepanjang masa..sampai homework pun tak buat..

aku risau juga..sebab exam lagi beberapa bulan je..
sekarang masa berlalu dengan cepat..tiba-tiba dah bulan julai..tak ke cepat..
aku kena disiplin kan diri aku ni..tak boleh main-main lagi..kena belajar sekarang..

aku harap aku berjaya disiplin kan diri aku ni..yelah tengah malas ni..memang susah nak kawal lah..
FIGHTING ATIKAH!!! hehe semangat ni :)

Thursday, 7 July 2011

UIAM :D

semalam aku dan dua kwn aku pergi 1 program ni..program ni untuk pergerakan puteri islam..
program buat kat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..
best sgt..kakak kat sana semua baik dan cute hehe..

masa sampai kat sana..aku tgk Universiti tu besar (yelah baru pertama kali tgk)
dah daftar semua tu..aku dan kwn aku pun masuk kat dewan..dan sarapan..
lepas sarapan tu..ada ceramah tentang masalah remaja..
ceramah dia ada lawak..ada buatkan aku rasa insaf...
habis ceramah..time rehat pula...
lepas rehat tu..ada forum tentang akhlak dan budi bahasa remaja..
aku dengar..walaupun time tu memang mengantuk sgt..nasib baik kakak kat situ bagi gula-gula..hilang sikit rasa menagntuk aku tu..
selepas forum..solat zuhur...
selesai solat zuhur tu..kena bahagi beberapa kumpulan..masa ni aku takut sangat...
aku dah lah tak pandai nak ckp dengan orang yang baru  kenal..sebab aku ni malu nak bercakap..
tapi nasib baik..dorang ni baik dan jenis yang dah biasa ckp dengan orang..jadi aku tak lah rasa malu..
banyak lah aktiviti yg kena buat..semuanya best2..kakak yang mengetuai kami (akak fatimah zahrah)..dia memang baik,kelakar dan cute :)
dah habis aktiviti tu..kami pun minta lah email masing2..aku tak dapat sangat..entah lah kenapa sebab time tu fikiran aku melayang..tapi ada orang dapat email dan dia pun dah add aku kat fb..cepat betul hehe
lepas dah bagi tu..duduk tempat  masing2..
time penyerahan sijil dan cenderahati...aku buat pertama kali dengar lagu puteri islam..kat sekolah kami hanya nyanyi tanpa lagu..aku suka lagu puteri islam :D
dah habis semua..kami solat asar dan minum petang...
akhirnya time balik..

tu je lah..aktivti yang aku dan kwn aku buat semalam...memang best..aku dapat banyak pengajaran kat sana..
aku harap dpt jumpa kwn2..dan dapat dtg Universiti tu lagi...
memang kenangan tak boleh dilupakan :)

Saturday, 2 July 2011

larian 1 Malaysia

hari ni ada larian 1 malaysia..
seluruh sekolah buat larian ni..
pagi tadi dgn tak makannya..
terpaksa lah bersabar...

bila dah start tu..bukan lari jalan jer..ramai yang jalan..
tapi ok lah...dah lama tak bersenam kan...
lepas dah sampai kat sekolah..apa lagi makan lah..dah lapar..hehe..

lepas semua dah makan..buat lah aktiviti masing-masing...
aku boring sangat-sangat..so,aku minta lah telefon sham(my bf hehe)..nak main game hehe
tengah2 selesema tu lah aku main game sampai habis sekolah..
khusyuk betul...main game hehe..

ni je lah...aku buat hari ni...meluangkan masa dengan main game..hehe

Friday, 1 July 2011

jangan menipu...

korang rasa marah tak..kita buat kerja tu dengan bersungguh-sungguh dan dah siap..
esoknya tu..cikgu korang nak check lah nak tgk siapa yang tak siap..
lepas korang punya turn dah lepas..tiba-tiba ada orang minta kerja korang..tujuannya nak menyelamatkan diri dari kena marah dgn cikgu...mesti marah kan..

jangan lah menipu..kalau dah tak siap..terima je lah denda yang cikgu bagi..
dapat beri pengajaran supaya kita tak akan buat lagi..
kalau tak faham..tanya cikgu atau kawan yang tahu..
kalau kita rajin kan diri..kerja sekolah mesti siap punya...
tolong jangan malas kpd diri...lawan sikap malas tu..
jangan lah sampai nak curi orang punya kerja..

aku pun malas juga..tapi kerja sekolah mesti kena siap..kalau tak faham tanya orang yang tahu..
aku cakap ni untuk beri nasihat dan pengajaran..
so,jangan menipu...tak baik