Sunday, 28 August 2011

pengumuman :)

helo pembaca semua :)
aku nak beritahu yang blog ini tergendala buat sementara waktu..
aku akan aktifkan blog ini selepas beberapa minggu..

aku nak cakap kepada pembaca SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..
kepada kawan-kawan yang mengenali diri aku..aku nak minta maaf kalau aku pernah buat korang marah,terkasar dekat korang,cakap lepas dekat korang..minta maaf sangat-sangat..

jumpa lagi dalam post akan datang :)
don't worry i'll be back :)

Tuesday, 23 August 2011

macam mana ni...

apa harus aku buat..banyaknya kerja sekolah..
tidur lambat hari ini..
nak buat macam mana..
terima lah..

aku harap dapat habiskan secepat mungkin..
aku mengantuk sangat..

serius aku tak ada niat nak cakap macam tu..

haish..
aku paling takut kalau cakap dengan lelaki..
aku takut salah cakap...
lepas itu..nanti cakap aku ni fikir lain..
kadang-kadang aku jarang cakap dengan lelaki..takut tersalah cakap..
itu lah ayat yang paling aku takut..ayat itu adalah ayat apabila kita tersilap cakap..

aku fikir..macam mana aku nak cakap dengan betul..
aku risau betul..haish..
ermm...arghh!!pening pening

Monday, 22 August 2011

dapat kosong??

helo..wah dah lama tak post blog ni..
tak tahu nak tulis apa..
sekarang baru nak tulis tentang hari ni..

aku dapat kosong??
aku dapat kosong dalam exam add math..
ermm..entah lah nak kata sedih..tak..
tapi aku cuma rasa puas dan terkilan..
puas sebab dah dapat markah dan terkilan sebab aku dapat kosong..
first time aku dapat kosong..
aku tak buat exercise..itu dapat markah macam itu..
rasa sedih sikit lah..

aku rasa seronok sebab masa balik sekolah..hujan..
jadi aku balik sekolah sambil main hujan..
seorang jer..seorang pun tak apa..
tengah melayan diri sendiri..
tapi aku sedih juga..entah lah kenapa..mungkin aku rasa sedih sebab aku seorang..
tak apa lah :) 

Monday, 15 August 2011

miss A,infinite and super junior

hey MR SIMPLE,can u BE MINE..because u are SUPERMAN for me..if u not love me GOOD BYE BABY..


create by myself...
mr simple,superman-super junior
be mine-infinite
good bye baby-miss A

it's ok or not??

add math..saya sayang awak..

add math..add math..
kenapa lah soalan kau..mencabar minda aku..
adui..banyak formula aku sudah hafal tapi aku tak boleh buat pula..

kalau add math untuk exam akhir tahun lulus..aku rasa bangga..
yelah..aku tak pernah lulus add math walaupun sekali..
aish..add math..add math saya sayang awak..

Thursday, 11 August 2011

peristiwa yang menyedihkan...

peristiwa ini adalah benar...
aku lihat dengan mata aku sendiri dan aku nak cerita pada pembaca blog ni..


masa tu..aku pergi MC Donald bersama dengan mak cik aku..
sedang aku menunggu makanan siap..aku tengok tingkah laku pelanggan dekat MCD
itu memang rutin aku bila dah bosan..tiba-tiba aku nampak seorang lelaki tua ni masuk MCD
aku ingat mungkin anak dia bawa dia sebab aku nampak seorang perempuan belakang dia
bila turn dia nak pesan makanan..dia hanya bagi sekeping kertas tertulis menu yang dipesan
aku hanya tengok lelaki tua tu..lepas semua dah siap apa yang dia pesan
dia bayar dan keluar seorang diri..aku pelik ..rupanya perempuan tu orang lain..
aku berkata dalam hati 'eh,dia seorang je??'
aku tanya kepada mak cik aku 'dia seorang je ke??'
mak cik aku cakap 'mungkin ada orang suruh dia'
aku hanya terdiam..dalam hati aku sedih sangat siapa lah suruh dia ni..
kenapa lah orang ni suruh dia..kenapa tak beli sendiri..aku rasa kasihan kepada lekai tua tu..
apa boleh buat aku hanya mampu melihat saja..
peristiwa ni memberi aku pengajaran dan aku nak cerita kan peristiwa ini supa pembaca fikir dan renungkan..

cuba lah kita fikir adakah kita nak ibu bapa kita macam ini apabila mereka sudah tua atau kita apabila kita sudah tua nanti...
mesti semua tak nak kan...jaga lah ibu bapa kita walaupun mereka asyik marah kita jer..mungkin ada sebab mereka buat macam tu..
fikir lah dan bayangkan kalau kita macam lelaki tua itu..
renung-renungkan lah...

mana followers??

kenapa aku tak boleh nak tengok followers aku ni..
haish..problem lagi ke??
aku tak pasti sama ada internet aku atau blog..
oh blog,jangan ada problem lagi..tolong lah..
tapi nasib baik boleh post..

kembali lah followers aku..
ermm..awak yang baca ni..ada nampak saya punya followers tak??kalau ada tinggalkan mesej kat kotak jeritan tu..boleh tak??dan kalau ada blog tu follow lah saya haha
kerjasama anda amat dihargai hehe :)

Tuesday, 9 August 2011

dah pukul 12 malam..

dah pukul 12 malam..
dan aku masih belum tidur..
bagus kan??jangan ikut macam aku..tak baik..

aku nak study akaun kejap..lepas ni aku tidur..
patutnya study waktu siang..tapi tengah malam..
suka sangat buang masa jadi macam ni lah..haish..
ermm..apa-apa je lah..ok aku nak sambung study


(post hari ni tak memberi manfaat langsung..tapi aku nak luahkan perasaan..orang yang baca blog ni tak kisah kan??)

Sunday, 7 August 2011

malas

haish..habislah mood malas aku dah datang..
dah lah esok exam..aku dah study lepas tu aku stop...
malasnya nak study..macam mana ni...

apa yang aku risau add math dan math..
2 subjek buat aku takut..
aku takut dapat gagal lagi..
atikah..jangan malas-malas..macam mana nak berjaya ni..
aku kena sedarkan diri aku..nanti esok..kelam-kabut pula..

harap dapat jawab lah exam kali ni..

mood:study!!

Saturday, 6 August 2011

buat hal pula..haish..

internet jangan lah mcm ni..jangan lah buat hal..
aku nak follow orang pun susah..
jangan buat macam ni tau..awak baik kan hehe

jadi kena tunggu esok nak follow orang..
disebabkan internet buat hal..terpaksa ditangguhkan..bagi internet rehat banyak-banyak hehe

Friday, 5 August 2011

folio akaun...

hai..orang yang membaca blog ni :)
hari ni macam mana??seperti biasa atau lebih baik...
harap lebih baik dari biasa :)

post hari ni tentang folio akaun..haish..memang dah sibuk lah jawapnya..
ingatkan hari ni..cikgu nak buat exam akaun..tapi tak jadi sebab ada mewarna satu malaysia sempena bulan kemerdekaan..
bila masa bahasa melayu..cikgu suruh pergi library..tiba-tiba cikgu akaun ada bagi kertas tentang folio akaun..
memang agak mencabar juga..tapi aku cuba buat dengan sebaiknya..

jadi bulan ogos ni..agak sibuk sebab nak study dan nak siap kan folio..
minggu depan exam..harap dapat buat lah..Insyallah :)

Thursday, 4 August 2011

mr.simple

helo helo..
super junior dah kembali..
dengan lagu baru mr.simple
best sangat lagu dorang..

siwon nampak hot dalam mv mr.simple tu..hehe
rasa nak ulang lagi lagu dorang tu..haha
ok sampai sini post hari ni :) sorry agak sikit post ini haha

because i'm naughty naughty..hey,i'm mr simple :) (lirik super junior)

Monday, 1 August 2011

minta maaf

aku minta maaf kerana tak dapat pujuk bila kau bersedih..
aku minta maaf kerana tidak menolong kau bila ada masalah...
aku minta maaf kerana jarang bercakap dengan kau..
aku minta maaf kerana tidak menepati janji..
aku minta maaf kerana aku buat kau kecewa...
aku minta maaf dan minta maaf pada kawan-kawan aku yang lain...
maafkan aku..