Friday, 30 September 2011

:)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

firman Allah : dan minta lah pertolongan kepads Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk (surah Al-Baqarah:45)

Wednesday, 28 September 2011

exam..

disebabkan exam akhir tahun nak dekat..
aku betul serius..nak siapkan folio akaun..
study,tumpukan betul-betul dekat add math..
tapi di dalam hati aku..aku rasa nak nangis sebab aku takut tak boleh buat..
aku rasa lemah sangat..aku fikir apa aku nak buat sekarang??apa harus aku buat??
Ya Allah..tabah kan lah hati ku ini..

aku kena banyak buat latihan..
aku tak boleh kalah macam tu..
sejak add math aku dapat kosong..memang aku ambil ini sebagai pengajaran..walaupun masa tu,aku tak ada perasaan bila add math aku dapat kosong..
aku boleh buat!! itu lah ayat untuk berikan aku semangat..
itu je lah aku boleh buat bila aku hampir nak putus asa..

Monday, 26 September 2011

hari yang memalukan..haaha

pagi tadi,dekat sekolah..
ada perkara yang memalukan terjadi pada aku..
aku tak boleh lupa perkara tu..nak tergelak pun ada bila teringat balik..

ceritanya macam ni..
masa tu tasawwur islam..ustaz suruh semua salin soalan stuktur..
tengah nak menyalin..aku pun borak dengan kawan aku..gelak lah..menyanyi lah..
nyanyi lagu 2NE1-i am the best..lagu korea..siap menari lagi..kalau nak tahu macam mana step dance dia..search kat youtube..
aku tengok kawan aku dia tahan gelak..aku pun pelik lah..
tiba-tiba terdengar ada suara dari belakang aku.."hah,atikah dah salin ke belum??''
aku terkejut..dalam hati aku cakap ''alamak! ustaz''
lepas itu ustaz cakap ''salin..jangan asyik nak joget je''
haa..malunya..kawan dekat sebelah aku hanya ketawa..
dia tak tahan tengok muka masa tengah malu..

memang kelakar..kawan aku tak henti-henti ketawa..
itu lah padahnya..menyanyi masa tengah belajar..
padan muka aku..
sangat memalukan >///<


Sunday, 25 September 2011

rindu sangat-sangat

assalammualaikum dan selamat sejahtera...
anda ada rasa apa yang ada perubahan dekat blog ni??
ada tak??siapa tahu tu??bagus-bagus hehe
sebenanya aku tukar lagu..lagu backstreet boys-as long as you love me dan westlife-if i let you go
mesti semua pernah dengar lagu ni kan..

bila dengar lagu ni..memang rindu dekat kumpulan ni...
teringat masa kecil..mak cik aku suka sangat dengar lagu kumpulan..
dulu aku tak kenal kumpulan ni.dengar je lah lagu mereka ni..
bila dah remaja ni..dengar lagu kumpulan ni..rindu pula..

kepada semua yang baca blog..harap enjoy mendengarnya..

Wednesday, 21 September 2011

serius!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)
haish..aku dalam keadaan risau..
banyak sangat fikir..
nak buat itu lah..ini lah..
macam-macam..kita hanya boleh bersabar je lah..dan teruskan dengan senyuman :)

apa yang aku nak serius ni??
aku sekarang nak serius dalam semua subjek..lebih-lebih lagi add math
memang nak kena serius ni..
tak lama lagi exam..
apa lagi..banyak buat latihan lah..

memang pening kepala...tapi kena teruskan juga..
tak boleh putus asa..berusaha!!yeah!!
dan aku mengucapkan tahniah pada diri sendiri sebab masa add math..aku betul-betul tumpukan perhatian..
kalau tak..fikiran aku melayang ke tempat lain..
good!! atikah :)

Tuesday, 20 September 2011

wah!!!

helo.. :)
apa yang wah sangat ni??
entah haha..
tak ada lah..tadi tengok satu video kawan aku dan group dia dance..
dorang masuk kpop dance competition..aku betul-betul gembira..
aku pun teruja..sambil terjerit-jerit aku..excited sangat!!..macam lah aku ada dekat situ..padahal tengok video je..

walaupun dorang tak menang..aku betul enjoy tengok dorang dance..
bagus..walaupun nampak ada berterabur..tapi tak apa..korang dah buat dengan terbaik!!
tahniah Reos(rebirth of shine)!!

Monday, 19 September 2011

tahniah kepada kakak saya :)

tahniah!!pada kakak saya..
dia bertunang pada hari sabtu lepas..
tahniah!!tahniah!! daripada adik anda yang comel ni haha
cantik betul kakak aku masa tu...cemburu aku hehe

dan yang sangat best..aku jumpa dengan keluarga aku..
hari sabtu lah hari yang paling sibuk dan seronok bagi aku :)
dah nak kahwin kakak aku ni..
rasa sedih pula..hmm
tak payah lah rasa sedih..happy lah sikit..emotional betul aku ni..

Sunday, 18 September 2011

melukis :)

helo :)
aku tak tahu lah tiba-tiba mood nak melukis datang..
tapi memang aku nak melukis ><
sudah sekian lama tak lukis..

aku sebenarnya tak pandai melukis dari idea sendiri..
tapi pandai meniru hahaha
aku ada beli dua buah how to draw manga..tapi tak guna..tersimpan macam tu je..
tak apa tak apa..nanti aku nak guna buku tu..
bila aku tengok kawan aku lukis..
cantik sangat..buat aku rasa semangat nak lukis..
bila nak lukis..eh,macam mana nak lukis?? errr.. *blur sekejap -__-''

aku kena memupuk semangat nak lukis yeah!!
hehe tiba-tiba je semangat hehe..

Tuesday, 13 September 2011

kembali lagi :)

helo :)
yeah,dah aktif balik..
akhirnya aktif juga..selama beberapa hari menghilangkan diri..hehe..
ok sampai sini je..tak tahu nak cakap apa sebenarnya...