Tuesday, 27 December 2011

kenapa dengan aku ??

sejak akhir-akhir ni aku rasa suram sangat..
tak tahu kenapa dengan aku ni..
aku rasa kosong..
nak nangis pun ada..tapi aku tak terdaya sebab tahun ini pun aku dah banyak nangis..


gif cry Pictures, Images and Photos

aku dengar lagu pun aku rasa sama je..
mungkin sebab aku rasa lonely..mungkin..
haish..aku tak tahu nak cakap macam mana..susah nak diberitahu oleh kata-kata..
sejak dari kecil aku rasa lonely tapi aku hanya senyum je..
aku ada Allah,keluarga dan kawan dah membuatkan aku rasa gembira..
tapi aku masih rasa sedih..tak tahu kenapa..
kenapa??perasaan aku ke??kenapa aku rasa sedih??

haa..atikah tiba-tiba emosional..
tahun depan dah ambil SPM..yeah!!
ok aku takut sangat..
ermm sekarang aku kena jarang online dan blogging..
harap aku boleh buat..berusaha!!

(awak tak rasa pelik ke??tiba-tiba atikah jadi semangat..tadi punyalah emosional..)

Thursday, 22 December 2011

rindu nak tengok anime..

hello :)
ok nak tahu sekarang pukul berapa??4.18 a.m..bagus kan..
aish..apa nak jadi dengan aku ni..
ok aku nak cerita tentang anime..
aku dah lama tak tengok anime..dan aku rindu sangat..
baru lepas tengok Pretear..ahh rindunya :)

anime yang memang aku suka dan rindu sangat..
pretear Pictures, Images and Photos
Pretear

Vampire Knight

yakitate japan Pictures, Images and Photos
Yakitate Japan
alice adademy Pictures, Images and Photos
Alice Academy

Kuroshitsuji (Black Butler)






rindunya..
bila dengar lagu opening setiap anime ini..aku terus rasa rindu..
aku ada manga alice academy episod 1..tapi mahal sangat..
aku sanggup baca dekat internet..
haish nak dekat pukul 5 pagi..
memang tak bagus untuk badan..
aku tengah cari anime baru..tapi sekarang aku dah kurang suka anime..ermm..
tapi komik aku masih minat membaca..

Monday, 19 December 2011

tukar background :)

akhirnya..siap juga..
punya lah lama aku nak cari background yang sesuai..
tapi aku tak pasti lah..kalau aku nak tukar background ke tak..

aku tak ada idea nak warna apa..
jadi aku buat je lah..
macam mana ok tak??
hahahaha..

sekarang ini..tak boleh nak online sangat..
yeah, nak ulangkaji semua..
harap aku rajin lah..tak nak malas-malas lagi..
sabtu dan ahad memang sibuk sangat..
aku pergi tuisyen..memang penat..
belajar memang penat..tapi penat tu aku tak akan rasa putus asa macam tu..kena teruskan..
bak kata pepatah bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian..
dah macam karangan pula..
aku harap aku rajin belajar..dah tak nak malas-malas..
aku tak nak gagal dalam subjek add.math..

Saturday, 17 December 2011

cantiknya blog anda :)

tadi aku blogwalking..
dan blog aku jumpa semua lawa-lawa..
cemburunya..
aku pun fikir nak ubah sikit dekat blog aku tapi tak ada idea lagi..

tak tahu aku nak letak warna apa..
sebab aku ni memilih..hehehe..
nak pakai blogskin..aku masih belum pandai nak ubah code..nanti jadi lain pula..
header aku pula macam biasa je..tak ada menarik sangat..
entah lah..nanti aku fikirkan..
aku gembira sebab blog sekarang ni lama aku pakai..

ermm..siapa yang pernah datang blog ni..kalau nak tinggalkan komen..balas dekat setiap entry ni..ok :)
hari ni post sikit je..aku bosan sebenarnya..hehe

Wednesday, 14 December 2011

betul ke??

err..apa yang betulnya??
semalam aku ada baca satu blog ni..
dia cakap shoutmix sekarang kena bayar..eh yeke??
sekali aku tengok kat shoutmix..memang betul..
ermm..sekarang aku dah tak guna shoutmix..kalau nak cakap-cakap..balas dekat komen je ok??
tapi ada ke orang nak baca blog aku ni..err..entah lah                                                                                

                               aku cepat rasa cemburu

apahal dengan aku ni tiba-tiba nak cemburu..haish..
aku cemburu dengan seorang kawan aku ni..tapi aku tak nak cerita lah..rasa malas..
lagipun aku tengah sedih..layan lagu nak hilangkan stress..
aku hampir nak nangis..haa..aku tak suka perasaan ni..
kenapa lah...dah lah atikah jangan sedih..
ok dua hari aku duduk depan komputer tapi aku tidur ye..
haish atikah..study lah awak tu tahun depan nak ambil SPM

                                usaha tangga kejayaan

betul tu..tapi aku ni pemalas sangat..haish..
eh,aku rasa aku dah lari topik ni..
err..sorry sorry..saja nak bercerita dekat blog ni hehe..
kalau nak cakap apa-apa..sila tinggalkan pesanan anda di komen saya..sekian terima kasih.. :)

Tuesday, 13 December 2011

sedih..

kenapa aku sedih??
aku sedih sebab aku rindu seseorang..
kedua, aku sedih dengan seorang kawan ni..
dia ni kawan lama dan masa dia bersekolah dengan aku..aku jarang lah cakap dengan dia..
dia baik sangat..tapi dia ada geng..dia banyak meluangkan masa dengan geng dia..
aku suka borak dengan dia sebab dia ni layan je..macam tak rasa bosan..

sekarang dia dah pindah..
dia tulis dekat twitter dia yang dia sedih..
so, aku pujuk lah..tapi dia tak balas..sebelum ni pun dia tak balas..
aku rasa macam aku ni dilupakan..walaupun aku tak cakap sangat dengan dia..
tapi aku fikir baik..aku fikir mesti dia sedih sangat..tak apalah..
tadi shafa mesej aku..dia sekarang dekat rumah mak lang dia..
rindu pula dengan dia ni..
haa..aku rindu si dia..mana lah dia ni..menghilang entah ke mana..aku nak call tapi rasa takut..
takut kacau dia..

haish..malam yang menyedihkan..

Saturday, 10 December 2011

hari pertama dekat tuisyen..

yeah!! blog aku dah ok balik..
jangan buat hal lagi blog..aku sayang kau..hehehe..sudah atikah jangan nak melebih
ok hari ini aku pergi tuisyen..patutnya pergi sabtu lepas tapi masa itu aku bercuti dekat Penang..
haaa..ya, aku penat sebenarnya...

hari pertama tuisyen aku dah penat..
haish..tapi aku rasa seronok juga jumpa kawan aku..
kelas ekonomi asas,akaun,sejarah dan bahasa melayu semuanya ok..aku faham walaupun masa itu aku mengantuk sangat..
kelas sejarah tersangat lah ramai..nasib baik aku dapat tempat duduk walaupun dah ramai masa itu..
kelas matematik.memang seronok..tapi tiba-tiba otak aku kosong je..aku faham lepas itu melayang entah ke mana..
harap add.math tak adalah macam itu..
aku kena buat latihan banyak-banyak..
aku betul-betul takut sekarang ini..

sekarang aku nak rehat..penat..
esok kelas add.math dan english..

Thursday, 8 December 2011

tidak menggunakan blog buat sementara waktu

blog buat hal lagi..
jadi aku nak rehat kan blog aku buat sementara waktu..
tiba-tiba semua berlainan..
baru terfikir nak kemas semua blog..

aku akan datang balik..
tapi lama lagi..
sebab blog aku buat hal..
jangan lah buat hal lagi..
ini blog kedua aku..
aku dah tak nak buat blog lagi..haish..

Monday, 5 December 2011

sebab aku tidak mempunyai kawan ramai

hai..dah lama aku tak update blog ini..
aku pergi Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam..
ada saudara aku dia buat kenduri kahwin, dah sampai Pulau Pinang ini,bercuti lah dekat sini.
aku hari ini nak cerita tentang aku..
saja nak bercerita, aku agak bosan sebenarnya..

ok, aku ini tak ramai kawan..adalah juga tapi kawan yang biasa-biasa..
sebab kenapa??
1. aku ini pendiam sangat
     ya, aku memang pendiam. lebih-lebih lagi bila suasana baru memang aku senyap dan suka buat muka sombong. memang tak bagus kan, tapi itu cara aku..bila ada mood nak berkenalan dengan orang..mula lah aku cuba nak bercakap dengan orang.. contoh, macam dekat tuisyen..aku memang senyap bila aku rasa nak bercakap, aku akan cakap..lain lah kawan rapat aku..memang bising..hehehe..aku suka bersendirian..sebenarnya aku bersendirian sebab aku bercakap dengan diri sendiri..pelik betul aku ini..tapi jangan risau aku orang baik :) satu lagi, aku suka termenung..

kucing pun termenung..apa lah dia teringat tu kan..comel betul 
2. Pemalu
       aku memang pemalu..itu sebab aku tak banyak bercakap dengan kawan sangat..malu aku ni memang kuat..susah nak hilang..maksud aku bila nak bercakap dengan orang..aku takut tersilap cakap ke..tu aku senyap je..biasanya aku cakap yang aku ini pemalu dekat orang yang baru berkenalan..baru dia tahu sikit tentang aku..tapi bila dah lama berkawan dengan aku..berlainan sangat..banyak bercakap..hahaha,,itu memang aku..

3. Tak banyak bergaul dengan orang
       aku banyak duduk rumah dari keluar..sebenarnya aku memang tak boleh keluar dengan kawan..memang tak boleh..tu sebab aku tak banyak bergaul dengan jiran..itupun cakap hai saja..memang bosan duduk rumah..kerja aku online,tengok TV dan tidur..sekarang kena rajin lah, tak boleh malas-malas..aku kena berdisiplin..kalau tak, menyesal lah aku..ada kebaikan duduk rumah ni, macam contoh meluangkan masa dengan keluarga betul tak?? betul lah tu hehe..

4. Suka bersendirian
        ini pun sikap aku yang memang tak boleh ditinggalkan..macam aku taip tadi,aku bersendirian sebab aku tengah cakap dengan diri sendiri..tapi bila dah rasa bosan tu baru rasa sedih sebab tak ada siapa nak layan aku..mengada-ngada -__- hahahaha tapi memang betul..tiba-tiba kan aku rasa sedih, tak ada orang nak cakap dengan aku..siapa-siapa yang mesej dengan aku..aku memang balas..bosan kan..balas lah..ataupun nak call ke..aku akan call dengan kawan..itupun kalau kawan aku suruh..kalau aku nak call bila ada kecemasan lah..aku balas mesej dan call orang hanya untuk dikenali sahaja..

ok itu je sebab aku tidak mempunyai kawan ramai..
kawan aku cakap, dia suka berkawan dengan aku..
hehehe terharu aku..aku memang tak pandai berkawan..aku takut kalau aku kecewakan hati mereka..
tapi bila kawan aku cakap macam itu, aku rasa gembira juga..
aku harap dapat ramai kawan..
panjang betul post aku hari ini..