Friday, 14 December 2012

mari blog walking ke blog ni :)

Assalammualaikum :)

hari nak promote blog seorang kawan baik aku :)
mari-mari blog walking ke blog dia ni..
http://pinkykittylovely.blogspot.com  <-------- ni hah blog dia..mari lah tengok :)

tapi aku bukan nak tunjuk aku yang edit blog dia..
nak promote blog dia..
lagipun dia baru dalam dunia blogger ni :)

Thursday, 6 December 2012

hello :)

Assalammualakum semua :)

alhamdulilah..tamat sudah SPM 2012..
haha dah lama aku tak update blog..
rindu saya tak? haha gurau je :)
rasanya blog ni dah lain kan?rasanya..

perasaan selepas menjawab kertas terakhir iaitu ekonomi asas..
wah,seronok sangat tapi rasa sedih sangat..
dah tak jumpa kawan lama..aku rindu kawan-kawan semua..

aku kena buat plan lepas ni..
aku pun tak pasti apa nak buat lepas SPM ni..
haih..fikir..fikir..

Sunday, 23 September 2012

komen sikit..

Assalammualaikum :)

dah lama tak update..yeah,sibuk dengan SPM..
SPM nak dekat dah..doakan aku buat yang terbaik dalam SPM nanti.. :)

ah..nak komen fasal lagu dalam blog ni..
ok tak??maksud aku sesuai tak dengan blog ni??
aku memang suka dengan lagu ni..
lagu ni menceritakan tentang seorang laki baru break up dan dia tak tahu macam mana dia nak cakap dengan kawan dia..
jadi,dia tipu lah kawan dia..macam-macam dia cakap..
kelakar pun ada..
group train mesti ada yang kenal kan..ala..yang pernah nyanyi lagu hey soul sister..
mesti tahu kan..

komen ye..kalau lagu ni sesuai ke tak..
jumpa lagi bloggers :)

Saturday, 22 September 2012

Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah"


Assalammualaikum semua :)

hari ni aku ada 1 segmen ni..
tengok tajuk pun tahu kan..
jom lah join segmen ni..klik sini kalau siapa nak join 

maaf lah kepada tuan yang buat segmen ni..saya lambat join..


ini banner dia..
ok nak tag:
http://eira-shamiera.blogspot.com/
http://hairuliza-anakku.blogspot.com

Sunday, 2 September 2012

segmen : mari berkenalan

assalammualaikum :)

apa khabar??hehe
haih..trial dah start dan memang risau sangat lah..
tapi aku cuba sedaya upaya! chaiyok!

ok ok..hari ni aku masuk 1 segmen ni..yg bertajuk : mari berkenalan..
aku memang nak berkenalan dengan blogger lain..so,aku pun join..
korang pun jom lah join :) click kat sini Rien Rose


soalan :

jawapannya :
1. Nur Atikah Binti Ali
2.17 tahun..calon SPM huhu
3.orang KL :)
4.cakap dengan diri sendiri..tapi bukan gila eh..jgn salah faham..
5.http://akudirikuselamanya.blogspot.com/ dan http://allahseeker.blogspot.com/
6.kenangan..ermm..main kejar2 dengan kawan..tak perasan sampai terlanggar tong sampah..nasib baik ada akak pengawas tolong..yg lain semua menghilangkan diri..bila teringat balik rasa kelakar :)
7.kalau tak silap masa umur 15 tahun dan tiba-tiba blog buat hal terus delete..blog ni dibuat masa umur 16 tahun..harap yg ni je lah berkekalan..
8.blog ni tak ada lah menarik sangat bagi saya lah..tapi saya suka hahaha..patutnya nk ceritakan pasal kehidupan saya tapi tak banyak cerita sgt..jadi,saya post pasal lagu selalunya..
9.tujuan buat blog sebab nak share kat semua orang..tentang saya punya pengalaman,lagu,drama dan lain-lain lagi lah :)
10.blog kak rien cantik dan doodle header ru comel betul..suka sgt :D

ok tu je lah jawapannya..sorry kalau ada jawapan lain dari kak rien soalkan..

Sunday, 19 August 2012

apa khabar semua??

Assalammualaikum :)

aku dah lama tak update blog..
ye,aku ada banyak konflik sejak akhir-akhir ni..
sekarang dah reda..semua dah ok..tapi adalah sikit..
urmm..tak perlu lah cerita..maybe pembaca blog ni tahu apa dah jadi dengan aku ni..
tak apa lah..hal kecil je..i'll be ok :)

ok first nak cakap selamat hari raya kepada semua pembaca blog ni..
maaf zahir dan batin..maaf jika terkasar bahasa dalam blog aku ni..
terima kasih dekat followers yang follow saya hehe (dah macam dapat anugerah pula)

lepas raya ni..batch 95 akan menduduki percubaan SPM..
good luck semua..buat yang terbaik :)
aku sekarang dah jarang update..
so,mungkin lepas SPM aku akan banyak update..
ok tu je aku nak katakan pada semua..jumpa korang lagi.. :)

dan comel tak cekak telinga kucing aku ni :


akhirnya aku berjaya buat..

Saturday, 11 August 2012

segmen : blogwalking sambil follow

Assalammualaikum semua :)

hari ni aku ada masuk satu segmen ni..tuan blog ni ajak aku masuk segmen..
aku suka sebab....
sebab dia suka anime dan dan dan blog dia aku suka sangat >< hehe..


ni dia punya banner..comel kan :)
kalau siapa-siapa nak join nah ni link blog dia

Monday, 23 July 2012

music time :)

Assalammualaikum :)

selamat berpuasa kepada umat islam :) puasa jgn tak puasa tau..

hari ni, nak cerita tentang lagu..
ok,lagu apa??lagu B.A.P - no mercy..
lagu B.A.P memang banyak lagu semangat..aku memang suka..lebih2 lagi time stres ke kan..
lagu kali ni..memang awesome! powerful! I like...hahaha XD




nak tengok video dia..memang awesome tapi agak seksi..hehe kena tengok lepas puasa lah ye..
lagu ni aku bagi 5 bintang!
yeah!memang minat gila dengan B.A.P..



Monday, 9 July 2012

Lyana's Studio First Giveaway

Assalammualaikum..

mari-mari join giveaway ni :)
siapa nak join klik di sini

tarikh tutup : 14 Julai 2012
nak tag :

Saturday, 7 July 2012

softball

Assalammualaikum..

apa khabar semua??sihat??
wahh..dah lama aku tak update..maklum lah nak SPM..ceh! hahaha
hehe..aku ada cerita nak kongsi..
jom dengar cerita aku ni..check it out!

hari selasa..masa PJK (pendidikan jasmani dan kesihatan)
kelas aku main softball..akhirnya aku dapat juga main..
kalau tak, aku tengok je..

mula-mula aku tak tahu macam mana nak main..
so, aku tengok dulu macam mana main..aku jadi orang tangkap bola..duduk belakang sekali..
tapi satu apa pun aku tak dapat sebab duduk belakang..
bila masa team aku nak pukul..aku berdiri dan tengok je lah..
aku cakap dengan kawan aku..aku nak cuba..sebab tak puas hati aku tak terpilih..
kawan aku beritahu dekat ketua yang lepas ni giliran aku..dia pun setuju..
masa time aku..memang berdebar-debar, yelah baru first time nak pukul bola tu..
cubaan pertama aku tak pukul sebab balingan dia tak berapa cantik..cubaan kedua aku dapat pukul dan lepas..aku punya lari laju betul hahahaha XD
aku lepas semua dan dapat skor markah..

memang enjoy betul lah..
sebenarnya aku dah lupa nama yang tangkap bola dan orang baling bola..
tapi aku faham cara dia main..
aku harap sangat dapat main lagi...


Friday, 8 June 2012

Contest Blog Paling Comel dan Awesome by Hafizatul Asyrin

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

setelah lama aku tak menyertai contest blog ni..
akhirnya ada contest yang aku minat..

tadaaa!! ni banner dia
tema blog : pink
tagline blog :listen this story (blog ni byk menceritakan cerita saya)
benda yg menarik : background pink,lagu saya dan cerita saya :)

tag:

klik sini kalau nak join 

Thursday, 7 June 2012

cemburu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

seperti tajuk di atas..cemburu??
kita pun mesti pernah rasai perasaan ni kan..
tapi bagi aku cemburu memang sakit bagai kaca di lempar ke batu (amboi ayat heehhe..hey i'm serious)

aku bila cemburu aku senyap..
aku tak nak lah cakap 'ok untunglah' atau 'macam bagus sangat ala..dia tu bla bla bla'
aku guna perkataan untung lah tu masa aku perli orang hehe
kenapa aku senyap?kalau orang dia serang je..
tak elok kita nak serang-serang orang..nanti lebih teruk..
senyap lagi bagus dari kita nak serang orang..

aku pernah bagitahu dekat seseorang yang aku cemburu dekat dia..
dia marah aku sebab aku cemburu..
sejak dari situ lah aku senyap..
aku bila cemburu..aku duduk sorang-sorang dengar lagu ke..chatting ke..atau tengok video lawak..

cemburu ada baik dan buruknya..
yang baik misalnya cemburu sebab orang tu lebih pandai dari kita..
jadi kita berusaha belajar bersungguh-sungguh..
yang buruk misalnya macam kita cemburu dengan orang tu sebab dia lawa dan ramai suka dia..
kita pun fikir jahat nak buat plan macam mana nak buat orang benci dekat kita..
nampak perbezaan dia??
banyak lagi tapi aku rasa korang mesti tahu..hanya di sekeliling kita..kita akan nampak..

cemburu memang tak elok..lama kita simpan makin lama sakit..
kalau nak luahkan..pergi tempat yang tersembunyi..menjerit sekuat-kuatnya..
kadang2 ada orang dia dapat hilang kan perasaan cemburu..
berdoa kpd Allah agar jadikan kita seoarang kuat untuk menjalani kehidupan ni,banyak kan berzikir..
Insyallah perasaan cemburu pasti akan hilang..

Wednesday, 30 May 2012

drama detective conan

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

huuh ~ cuti! mcm mana cuti korang?best tak??
aku??ermm ok2 je..
lagipun aku tengah syok tengok drama detective conan..bukan yang lama punya tapi tahun 2011

baru first tengok live action ni..jadi aku pun layan je lah..tapi best :D
dalam cerita ni..dorang terperangkap dalam satu bilik putih ni..
dan ada dalam bilik putih ada 1 mesin yg tulis tarikh pada hari kejadian..
dan dia kena jawap apa menyebabkan kejadian tu berlaku..aku rasa lah..
lepas dia dah berjaya..dorang dapat keluar tapi bilik yang sama gak..
drama ni sedih,kelakar dan banyak beri pengajaran..

dan pesalahnya adalah....

cool kan??
aku suka watak kudo shinichi iaitu mizubata junpei..
yang ni masa dorang tengah selesaikan 1 kes..yang hattori heiji sebenarnya dia detektif terkenal..
tapi kudo ni tak beritahu sapa sebenarnya kudo sebab dia nak tengok macam mana hebatnya hattori ni..
dorang bukan berjumpa tapi secara tak sengaja..

yang paling sweet..ran selalu ada di sisi kudo..
ran sangat-sangat ganas..hehe
jadi kudo kena hati-hati lah hehehe..

itu je lah aku nak cerita pada hari ini..
ok jumpa lagi :)

Wednesday, 23 May 2012

adakah dia masih ingat pada aku?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

ermm tajuk dia atas ermm..agak sedih kan..
yeah! betul tu..
haaahh ~ sampai sekarang aku tak pandai buat pendahuluan bila nak cerita..
ahh..tak apa lah..

dia??siapakah??
aku maksud kan pada kawan-kawan lama aku..
dorang ingat ke aku?? atau dorang dah lupa aku..
tapi ada segelintir yang masih ingat aku..bagus lah kan :)
tapi ada lah buat aku sedih lah..mungkin sebab dah matang kan..mungkin dia malu kot..entah lah..

semalam, aku balik rumah aku kejap nak ambil buku teks sebab nak study..
antara rumah dan sekolah tak jauh sangat..kira-kira 10 minit dah sampai..
masa dalam perjalanan tu kan..aku terserempak dengan 2 org kwn lelaki aku ni..
aku just senyap sebab aku malu sangat..yelah dorang kan pandai..aku hanya sederhana..
tapi yang sedih kan dorang tak cakap hai..berlalu macam tu je..
bukannya apa..salah seorang kawan aku..dulu aku rapat dengan dia..
masa darjah 4 kalau tak silap lah..memang kita orang banyak cakap..memang rapat juga lah..
lagipun rumah dia agak jauh juga lah..dia lorong lain aku lorong lain..jumpa pun masa mengaji..
sejak naik dia naik kelas pertama..dia dah tak cakap aku sangat..aku pun buat hal sendiri..
sampai lah ke sekolah menengah,dia sekolah tempat lain..terserempak pun aku hanya buat biasa je..

aku tak fikir dia sombong ke apa..
cuma aku fikir kenapa dia dah lama tak bercakap dengan aku..aku ada buat salah ke??
aku memang rindu masa sekolah rendah..gembira dengan kawan-kawan..
bila dah remaja ni agak susah..yelah semua dah matang kan..so banyak perubahan dalam diri masing-masing..
aku harap aku dapat bercakap dengan dia..say hello pun tak apa lah..
 p/s: aku sekarang rindu dengan kawan-kawan lama..

Segmen Bloglist by Bella Hamzah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..


saya join :D
siapa nak join klik sini... 

Sunday, 20 May 2012

segmen: blogwalking and follow by Nurul Aisyah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

ehem..
hehe..aku tak nak cakap apa sebenarnya..
tapi aku terdetik nak join segmen ni..blog dia cool dan dia ni mesti peminat anime :)
ok segmen ni dibuat oleh cik Nurul Aisyah..


lawa banner dia..
ok siapa-siapa nak join ni klik di sini cik Nurul Aisyah

ok nak tag:
awak,awak dan awak

Saturday, 12 May 2012

Kenapa dengan aku?

Asalamualaikum semua :) Hari ni aku nak bercerita fasal hari ni.. Memang hari ni hari malang aku.. Tapi aku sabar dengan apa yang telah berlaku.. Cerita dia begini... Masa tu aku baru lepas kelas bahasa Melayu... Aku nak turunkan nak beli makanan kejap..aku turun lah.. Tiba-tiba aku jatuh..memang sakit sebab kaki aku terseliuh dan lutut kanan terjatuh sekali.. Memang sakit lah kan..nasib baik ada org bantu.. Aku pun tak faham..kenapa aku jatuh? Mungkin masa tu aku fikir lain sampai tak berhati-hati.. Lepas kejadian tu..kepala aku pening.. Kawan aku panggil.. Kawan: kenapa ni? Aku. : tak, kita jatuh tangga tadi..pening pula rasanya.. Kawan: patutlah pucat muka...balik naik apa? Aku. : naik kereta Kawan: nasib baik lah... Perbualan kita orang berhenti di situ.. Aku terus pergi kedai dan beli makanan.. Dengan kaki yang sakit aku tetap pergi kelas seterusnya.. Sekarang kaki aku sakit..lutut lebam.. Harap janganlah jadi teruk..

Saturday, 5 May 2012

alat muzik yang aku nak sangat belajar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

hari ni aku nak share dekat korang tentang alat muzik yang nak sangat belajar..
ye aku sangat bosan..jadi apa kata aku share..jadi korang boleh share juga kan..
aku sekarang tengah usaha untuk kumpul duit nak beli gitar..
harap dapat lah aku beli..
ok..

alat muzik yang aku nak belajar ialah...

gitar

aku minat sejak aku dengar lagu dan tengok orang main gitar..
aku pernah cuba..tapi tak berbunyi gitar sebab tangan aku tak kuat..
sedih betul..tak apa tak apa..bila aku dah dapat aku cuba berlatih..

yang kedua pula...

violin
bunyi dia memang indah..
sebenarnya aku suka lagu classic..
aku mula dengar masa aku pergi orkestra..bunyi sangat-sangat indah..aku suka sangat..
memang aku tahu aku tak dapat belajar violin tapi mendengarnya aku dah cukup puas :)


dan akhir sekali...

piano
ini pun sama..aku mula dengar masa dekat orkestra dan orang cover lagu dengan piano..
kalau kita dapat rasai kita seperti di tempat yang indah dan penuh dengan lagu yang lembut (ayat aku hehe)
aku suka melodi dia..
aku cuma tahu main lagu mary had the little lamb..
aku berharap sangat dapat belajar main piano ni..

hah..ni lah alat muzik yang aku suka..
walaupun aku tak dapat pelajari tapi aku dapat mendengarnya..
cuma gitar je aku tetap nak beli...
korang macam mana pula??cuba lah share :)


Tuesday, 1 May 2012

hanya bercerita

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

sekarang blogger dah berwajah baru..
terkial-kial aku nak cari mana new post..
minggu ni macam biasa..semua biasa je..
makan,minum,belajar,cakap dan banyak lagi semua sama..
maksud aku macam tak ada perbezaan lah..
cuma ada benda yang mengacau dan mencabar kesabaran aku..(ya,aku tak pandai marah orang cuma geram sikap sesetengah orang yang di sekeliling aku)

entah lah, ada benda yang aku tak puas hati..aku cuba lah melawan..
aku hanya bersabar..
sabtu lepas aku balik Puchong..jumpa keluarga aku..
ah..rindu sangat-sangat..aku rindu masakan mak aku..rindu nak bergurau dengan adik aku..
semua aku rindu...
jadi hari sabtu tu lah..aku melepaskan rindu aku dan keluarga aku..

ok cerita tentang lagu pula..
dah dengar lagu B.A.P power??
mesti ada dengar kan...

we got the power!
memang awesome sangat-sangat..
aku suka part spray tu..

lain daripada yang lain..
aku terfikir juga macam mana orang nak buat dance cover nanti..
mungkin dia pakai spray air kot..entah lah..
ok habis tentang lagu..

bulan mei dah datang..
cepatnya masa berlalu..ok aku sangat takut..memang takut..
bulan mei nak siapkan folio akaun...huuuuh!
aku harap bulan mei..bulan yang baik pada tahun ni...
jumpa lagi blogger.. :)

Wednesday, 18 April 2012

NU'EST

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

dah lama aku tak update blog ni..riiiiinnnduuu sangat ><
ok2..nak ceritani..
nu'est??apa tu??
oh tu kumpulan korea baru..



tadi aku baca profile group..kebanyakannya lahir tahun 1995..sorang 1993..
ramai kumpulan baru muda-muda..
aku kenal group ni dari kawan aku..dia suruh aku dengar lagu dorang..first time dengar aku dah suka..



dannn..aku minat sorang dari group ni gak hehe..nama dia Ren..

aku suka cara dia pandang tu..

muka dia macam girl kan, siap ada blusher lagi..
mungkin dorang suruh dia buat karakter macam tu..
aku harap lagu yang akan datang, dia tak nampak macam girl lah..
aku minat sebab dia cool sangat..hehe
lagi sebab...ermmm sebab dia cool lah hehehe.. (apa punya sebab lah aku bagi ni)
aku agak gugup sebenarnya..entah lah kenapa..
tu sebab aku cerita pun macam tak nak cerita...maaf sangat-sangat..

ok cerital fasal aku pula hehe..
sekarang aku agak sibuk..sibuk nak buat kerja sekolah dan siapkan folio akaun..
wahh..tingkatan 5..banyak kerja nak diselesaikan..huh!
macam-macam dugaan yang aku terima, aku hanya bersabar..
dan..aku dah tak sedih lagi tentang hal yang dulu..aku cuba melawan perasaan tu..
benda dah lepas lupakan jer..jangan lah kita sedih tentang hal dulu sebab dia dah lepas apa yang kita fikir sekarang ialah buat yang terbaik untuk masa depan kita..atikah boleh!

ok sampai sini saja..aku bercerita..jumpa lagi :)

Wednesday, 28 March 2012

hai! :D

assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

hai apa khabar semua??sihat??
aku??Alhamdulilah...uishh..dah lama tak update blog ni..
aku sibuk..dengan kerja sekolah dan study lagi..aku agak stres sebab nak susun waktu untuk study..
haish..form 5 tahun yang paling mencabar buat aku..
bila aku nak serius..aku tak tahu lah..

ok..
minggu ni ada lah aku happy..
hari selasa, aku dan eiza pergi komples sukan..nak tengok eiza practice dance..
aku seronok tengok..aku fikir kan best aku pun join..
tapi difikirkan balik..aku pandai ke dance??lagi-lagi k-pop..bagi masa agak lama..
aku tengok sambil berangan-angan..

lepas tu, kawan-kawan eiza pun datang..
so, aku tak nak lah kacau eiza..aku pergi join kawan eiza..aku ada kenal dengan dorang..so, join je lah
snap picture dengan dorang walaupun time tu aku malu..hehe
memang dorang gila-gila betul..memang seronok!!
dah habis tu, aku balik dengan senyuman yang lebar.. hahahaha
jumaat eiza ada dance competition..FIGHTING EIZA!

for u eiza :) comel kan dia senyum

Tuesday, 20 March 2012

segmen blogwalking by Azimah Zulkifli

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

aku di tag oleh seseorang :)
thanks :D 


ok nak tag : si dia

klik sini kalau siapa nak :)

Friday, 16 March 2012

Simple Giveaway by Mya Vinnfier

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

hari ni aku nak masuk giveaway ni..
aku tertarik sangat lah..tu aku cuba..

ok ni banner dia

klik sini kalau nak join :)

nak tag : awak, awak dan awak

Thursday, 15 March 2012

adab-adab menuntut ilmu

Assalammualaikum dan selmat sejahtera :)

hari ni aku nak berkongsi tentang adab-adab menuntut ilmu
ini pun aku jumpa dekat blog si dia


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa  ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :………Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan  masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat  diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama  yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :”Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?”. Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya.   Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama’-ulama’ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

3.  MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang   mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.

5.  BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini  kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan  zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai  setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja  kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke’aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang  mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada  rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

7.  DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra’ yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan “uf” dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : ” Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil”.

8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi’e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab’adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama’ silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama’ silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan  ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa  kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

done!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

akhirnya selesai juga kerja aku untuk edit blog aku ni..
aku gembira tengok blog aku sekarang dengan warna merah jambu..
sebenarnya nak tukar header juga..tapi komputer buat hal..
tak apa lah, bila komputer aku dah sihat sepenuhnya..baru aku tukar header..

kenapa aku tukar kepada pink??
dulu warna blog aku warna biru..
aku suka juga..bila aku jumpa background warna pink tu..terus terfikir nak tukar..
mengambil masa aku fikir semua ni..akhirnya aku setuju juga..
aku bukan peminat pink..tapi entah lah..tengok warna dia..lembut je mata memandang..
biru pun ok gak :)

ermm macam mana perubahan blog ni??ok tak??

Wednesday, 14 March 2012

blog tengah dikemaskinikan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

aku tengah kemaskinikan blog aku, tu nampak macam tak selesai lagi
ye, aku tak puas hati dengan komputer aku..tapi aku nak juga tukar.. (degil betul)

minta maaf sangat-sangat..
esok aku edit semua..sebelumnya blog aku warna biru..
aku tukar kepada pink..
nice tak??

ermm tu je lah aku nak cakap..
jumpa lagi :)

Sunday, 11 March 2012

2nd Giveaway by Yana Saniey


tag : awak dan awak
klik sini kalau siapa-siapa nak join :)

haish..

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

aku fikir cuti sekolah seminggu ni nak cantikkan blog aku..
tapi tiba-tiba ada masalah pula..komputer aku tak boleh nak on..
haish..kena repair lah jawabnya..
ini pun aku guna laptop mak cik aku..sekarang dia kerja, jadi aku pinjam kejap hehe

aku memang kena pakai komputer sebab aku dah siap semua untuk blog aku ni..
tak sempat aku nak belajar guna photoshop..
ikutkan aku nak je aku download kat laptop mak cik aku tapi orang punya kan..tak jadi lah..
komputer cepat lah pulih ye..

cuti seminggu ni??aku tak pergi mana-mana..
macam biasalah duduk rumah je..kalau ada masa aku keluar..itupun dengan mak cik aku..
kawan aku kata nak datang rumah aku..tapi tak tahu lah bila..
harap dia datang lah..aku bosan ni :(
aku online facebook pun bosan..last-last aku dengar lagu dekat youtube je lah..
ermm...
oh dah lambat..aku nak tidur..esok tuisyen..

Friday, 9 March 2012

contest blog saya cute

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

ada orang ajak aku untuk join contest ni..
jadi aku cuba lah dulu..
agak menarik gak..

syarat-syarat:


·         FOLLOW blog eira

·         LIKE  SINI !                


·         buat entri mengenai CONTEST BLOG SAYA CUTE ! [done]


(copy paste seluruh entri contest ni bagi memudahkan orang lain untuk itot contest ) 

  • letak banner nie dekat sidebar korang  cutee tu~ 
>sehingga 18 april 2012<

<a href="http://eiracayoo.blogspot.com" style="font-weight: normal; font-style: normal; "><img src="http://4.bp.blogspot.com/-SI2N82nXdU8/T08owrExgxI/AAAAAAAAAHU/7GZAB_bu6ZA/s1600/anigifh.gif" />
( untuk copy, CTRL+C ) 

·         TAG kan entri korang tu kepada 3 org blogger lain, pastikan mereka tahu dengan menghantar LINK ENTRI KAMU ke FIBOX atau CBOX mereka

·         dan yang TERAKHIR !
COMMENT DAN HANTAR LINK ENTRI KAMU DEKAT COMMENT BOX EIRA...

itu sahaja~ ehehe


PERHATIAN :
·         Jika penyertaan tidak melebihi 10 orang,
CONTEST akan DIBATALKAN~ :'(
RAJIN-RAJIN PROMOTE KAT MEMBER KORANG contest nie. muahh ! ^_^

  • BLOGGER yang tidak mengikut syarat akan DIBATALKAN PENYERTAAN .

·         tarikh mula          : 03 mac 2012
·         tarikh tamat        : 18 april 2012


tarikh pengumuman pemenang :
20 april 2012
( my birthday ! HEHE PROMOTE CIKIT )


HADIAH :


      ·         KREDIT CELCOM or DIGI ( RM10) 1x
·         CUTE HEADER MADE BY eiracayoo 3x

( contoh header , nak lagi cute, boleh request)

·         BANNER korang di sidebar eira untuk 1 bulan  3x
·         JPG into GIF ( YOUR OWN CUTE PICTURE )* EDITED BY eiracayoo 1x
( ini contoh hadiah JPG into GIF )
oopsss~!
(btw, this is eiracayoo ~ hehehe)


SAGUHATI :
STICKY POST : REVIEW YOUR BLOG  2 days
( printscreen include your blog link )
>>semua yang menyertai<<


CIRI-CIRI PEMENANG :

·         Akan dipilih mengikut BLOG yang paling CUTdan kemas..
tidak terlalu banyak widget/gadget..
·         Mesra dan menarik perhatian eira~ ^_^
·         PEMENANG HANYA 8 ORANG..
·         1 ORANG 1 JENIS  HADIAH saja tau~ heehehe berdarah  laa hidung nak bayar korang~ hehe

DITAJA SEPENUHNYA OLEH :

ENCIK adverlets
PUAN churp-churp

( more donate more gift )
so, klik iklan yang ada dekat blog eira ! hehehe
( tak wajibb, suka suka korang nak sedekoh ) hehe


nak tag awak,awak dan awak

Monday, 5 March 2012

today my life is begin

assalammualaikum dan selamat sejahtera  :)

sekarang aku nak bangun diri aku..
yeah..aku agak lemah bila aku mengalami kekecewaan..

semua pernah merasai perasaan ni..
siapa tak pernah kan??
aku bila kecewa sangat aku akan nangis..
tapi dia tak nangis..kenapa aku nak nangis??
satu je, lupakan hal tu..dan mulakan hidup baru..

aku walaupun rasa sedih dan kecewa..
aku cuba lawan perasaan ni..lawan dan lawan..
akhirnya aku terbiasa..
kehidupan kita takkan terlepas dengan ujian..
apa yang penting kita terima apa yang tejadi pada kita..
kita kena kuat..tunjukkan bahawa kita tak lemah..kita kuat kan??
aku akan cuba..aku nak lawan..
Atikah tak lemah!!

Saturday, 3 March 2012

minta maaf shafa

assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

errmm..aku taip ni khas untuk seorang kawan yang bernama shafa..
aku tak tahu lah dia baca ke tidak..
tajuk dia agak menyedihkan..
sebenarnya aku minta maaf dekat shafa sebab aku macam dah tak layan dia..

sejak kawan dia dah pindah..dia nampak keseorangan..
kadang-kadang dia datang tempat aku dan fatimah..borak-borak..ketawa-ketawa sama..
tapi sekarang aku dah tak layan dia sangat..
kadang-kadang dia dengan BF..jadi, aku tak nak lah kacau dia..
aku rasa bersalah sangat..

aku nak minta maaf dekat dia tapi...aku takut..aku hanya senyap je..
isnin ni mungkin aku akan cakap..
kalau boleh aku nak teman dia..cakap dengan dia..
aku tak nak dia lonely..
sometimes, lonely is painful..
aku tahu sebab aku pernah rasa..dan sekarang aku dah rasai..

kepada shafa..saya nak minta maaf sebab tak layan awak..
saya tahu saya sombong asyik dengan fatimah sampai lupa awak..
jangan risau..nanti saya cakap,call dan mesej awak ok..

Wednesday, 29 February 2012

macam-macam..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
aku nak cerita fasal sekolah aku ni..
lebih-lebih lagi blok tingkatan 5..
nak tau sebab apa??ok aku cerita..

aku agak tak puas hati la dengan blok ni..
sebab elektrik dia asyik putus je..kejap on kejap off..
dia ada masa tau..pagi dia ok..petang dah buat masalah...
aku tak tahu kenapa..mungkin kabel dia macam tu..
tapi aku rasa pelik la kan..yelah kelas tingkatan 5 atas sekali pastu asyik-asyik ada masalah..
yang tingkat 1 dan tingkat 2 tak ada masalah pula..tingkat 2 bilik akses dan tingkat 1 library..
aku kan pengawas perpustakaan...masa aku jaga tak ada masalah..
hurmm..kenapa ye..fikir punya fikir..jawapan sama iaitu kabel dia berlainan..(betul tak?)

aku memang tak faham dengan blok tu..
ada la satu hari tu..pukul 2.30 petang kelas A dan kelas B ada belajar untuk math..
masa tengah belajar tu..tiba-tiba lampu tertutup, tak sampai beberapa minit buka balik lepas tu tutup..
macam ada orang main-main je benda tu..aku dan kawan-kawan aku sabar je lah..
aku rasa terganggu juga tapi ada angin rasa nyaman sangat :)

itu lah aku nak cerita..
sebenarnya sekolah aku exam..itu la aku jarang nak update blog..
ada sekolah baru start hari ni kan..
good luck semua :)

Sunday, 26 February 2012

terima kasih kawan :)

assalammualaikum dan selamat sejahtera

rindunya dekat blog ni..
aku dah lama update blog..sebab...aku tak tau nak post apa dan sekarang aku sibuk dengan exam..

ermm..aku kan asyik cerita yang aku ni sedih dan stres..
lepas dah kena nasihat semua dari kawan-kawan aku..aku rasa ok lah juga..
aku nak berterima kasih dekat kawan aku sebab nasihat aku walaupun aku ni jenis susah nak terima nasihat orang hehe..
kawan yang nasihat aku ayat dia buat aku terasa tapi betul juga apa dia cakap..
aku fikir-fikir baru aku sedar semua..

aku cuba bangkit supaya aku tak stres dan sedih lagi..
lagi satu, lupakan perkara yang membawa kita sedih atau patah semangat..past is the past..
apa yang penting kita sekarang menuju ke masa depan dan kena bekerja keras untuk masa depan..
semua nak berjaya kan?? aku juga..
jadi, apa yang penting kita kena berusaha :)

kalau lah kawan aku tak nasihat aku mungkin aku dalam keadaan yang tidak menentu..
terima kasih kawan :)

Friday, 17 February 2012

cara baca Al-Fatihah dengan betul

assalammualaikum dan selamat sejahtera

tadi aku ada baca 1 blog kakak ni..nak tahu blog akak ni tekan sini
dia ada post 1 entry iaitu cara baca Al-Fatihah dengan betul..
aku fikir..aku dah bagus lah kalau baca Al-Fatihah ni tapi takut lah kalau cara aku baca salah..ragu-ragu juga kan..jadi aku pun tengok video ni..
kakak ni share video ustaz Don..
mari kita belajar dan lihat bersama-sama..semoga kita dapat memperbetulkan bacaan kita :)

minta maaf..

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

sejak akhir-akhir ni, mood aku agak terganggu..
sampai kawan aku tanya..

kawan: eh, atikah kenapa kau asyik tak ada mood je ni..kau ok tak??
aku:      tak ada lah..aku ok :)
sebenarnya aku tak ok..
saja tak nak kawan aku risau disebabkan aku..
entah lah tiba-tiba aku dah ubah sikap aku..
dulu, kalau kawan aku perli aku..aku tak terasa tapi aku anggap itu hanya gurau je..
tapi sekarang aku terasa dan hampir nak marah..
kadang-kadang aku terfikir lah..kenapa dengan aku ni..asyik nak marah je..

aku minta maaf kat kawan aku yang lain sebab aku asyik tak ada mood je..
lepas itu, menyendiri lah..aku memang macam tu pun..
minta maaf sangat-sangat..
dan minta maaf dekat diri sendiri kerana aku menyebabkan diri aku jadi macam ni..

Tuesday, 14 February 2012

mystery mystery

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

apa yang mystery ni??
tak aku nak cakap fasal lagu b2st ni..
sebenarnya lagu ni dah lama tak silap aku tahun 2010..
walaupun lagu ni dah lama tapi aku suka sangat..aku dengar sampai sekarang..

yang bawah ni lah mv dia..
lagu dia sikit je..cuba tengok masa live..aku suka dance dorang :)

Monday, 13 February 2012

hari yang sangat penat..

assalammualaikum dan selamat sejahtera

hai..semua..
atikah kembali lagi *sambil tunjuk gigi
hehe..hari memang memenatkan..padahal setiap hari aku rasa penat..tapi hari ni paling aku rasa penat sangat..
ayat aku memang agak tak teratur..

ok macam ni..lepas sekolah..aku balik lambat nak siapkan lisan BI..
patutnya siap sebelum 3.30 tapi pukul 4.00 baru habis..banyak cakap dengan kawan biasalah..
nasib baik ada faizah (kawan aku)..boleh dia teman kan..
dah hantar lisan BI tu..aku terfikir nak pergi library..jadi, aku pun pergilah tapi aku cakap dengan faizah dulu..
faizah tak keseorangan..dia ada kawan juga..

masuk je library nampak muzfirah,shafiq dan budak form 3..
alang-alang ada kawan aku ni boleh lah ajar aku math..
aku pun keluar kejap..nak cari buku math tapi tak ada pula..
aku turun pergi kantin..dah lah jauh..berlari-lari aku..semput! nampak sangat dah lama tak bersenam..
sampai kantin, tak jumpa pula..haish..pergi cari dekat kelas takut tertinggal bawah laci..
berlari aku..rasa nak menjerit je sebab penat sangat..

tak ada lari sampai macam ni..saja letak gambar taeyang tengah lari  hehe

sampai je kelas..tengok laci meja aku..jumpa juga..haish penat aku..
dari blok lain ke blok lain..turun naik tangga..
memang aku bersenam hari ni..bersenam sampai aku semput..
ye, aku jarang bersenam..take a note atikah *angguk-angguk
lepas tu, aku turun terus pergi library..
ingat nak ajar math kan..hmm bukan nak ajar pun..penghabisannya aku dan kawan aku gelak je..
mana tak nya, shafiq asyik buat lawak je..aku mula-mula tahan lama-lama aku pun terikut..memang bagus..
esok memang kena marah dengan cikgu math aku..sekarang akaun pun belum siap lagi..bersedia lah atikah ye..

itu lah cerita aku pada hari ni..memang penat sangat..
maaf cerita aku tak berapa menarik dan ayat pun tak teratur..
sekian terima kasih hehe *tiba-tiba je

Thursday, 9 February 2012

kenapa aku menangis ni..

image






sejak akhir-akhir ni, aku banyak menangis..
mungkin aku banyak masalah dan aku banyak fikir..sampai air mata aku mengalir..
aku rasa aku kena elok kan diri balik..
sebab aku rasa macam lemah sangat..tak berdaya...
aku tak nak menangis lagi :(



Wednesday, 8 February 2012

mblaq

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

pasti ada kenal siapa mblaq ni kan..
ni adalah group korean..
aku nak cerita fasal lagu baru group ni..
aku tengok pun sedih, tak tahu kenapa..kalau hayati lirik dia..memang sedih sangat lah..
aku tahu lagu ni keluar masa bulan januari..cuma nak beritahu saja..

ok ni video lagu dia..

aku ambil ni ada lirik sekali..
dia ada cut satu scene sebab cerita dia panjang..
ni full version dia..