Tuesday, 31 January 2012

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)
haah..penat nya...disebabkan tak cukup tidur lah tu hehe..
dah lama update blog..maaf sebab tak ada cerita nak di kongsikan..
lagipun mood aku sekarang tak tentu arah..kejap baik kejap tak baik..tapi tak ada lah nak marah orang..

sebenarnya aku risau dengan diri aku ni..
aku sekarang malas nak belajar..asyik suka buang masa je..
dan yang paling aku risau add math..
yeah! seperti biasa lah..
aku kena ulangkaji yang form 4 punya..
aku tahu kena banyak buat latihan tapi disebabkan sikap malas aku ni..haish..
orang cakap tak apa lambat-lambat nanti boleh lah tu..
aku cuba..

tadi aku hampir nak menangis sebab dapat dimerit..tak siap math dan add math..
tiba-tiba aku rasa emosional..
tengok kawan-kawan ada yang dah siap..rasa malu sangat..
aku cuba rajin kan diri aku siapkan homework..FIGHTING!

Wednesday, 25 January 2012

GA: I WANT MAKEOVER BLOG by Nanalee

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)
apa khabar semua sihat?? kalau sihat bagus lah tu :)
ok hari ni saya nak cuba masuk GA ni..
nampak macam menarik..jadi terus nak join..
ni banner dia


kalau nak join..klik nama dia Nanalee

nak tag:


Tuesday, 24 January 2012

terlupa..

assalammualaikum dan selamat sejahtera..
errr..sekarang aku cepat lupa..
lupa??


sebenarnya aku lupa aku pernah singgah tak blog orang..
aku kan suka blogwalking..tinggalkan mesej kat cbox..
lepas tu, bila check blog sendiri, tengok cbox aku..
ada orang melawat blog aku..bila masuk blog dia..aku fikir 'aku macam pernah masuk blog orang ni..tapi ada ke??' tengok kat cbox ada tak nama aku..pastu aku cakap 'ouh tak ada nama aku,mungkin hampir sama blog yang aku melawat tadi'
aku tak cakap..ada blog sama..tapi hampir-hampir..kan ada tukar sikit-sikit..
dan..aku melawat blog orang memang cantik sangat..suka aku tengok :)
cantikkan blog korang lagi tau :)

ouh ye,aku kena siapkan kerja sekolah sebelum cuti ni berakhir..kalau tak, kelam-kabut nak siapkan..
tahun ni je ada rasa homework berlambak..selepas tahun seterusnya dan kemudian mesti tak rasa macam tu..
mesti lagi sibuk sangat..
cuti sekolah pun aku lalui dengan sebaiknya..

Saturday, 21 January 2012

contest blog paling comel :)

yeah aku di tag oleh kawan yang aku sayang hehe..
ok..suka betul aku..sebab ni first time masuk contest..
nak mencuba jadi join lah :)
contest ni dari Zyhaa dan Aqies 
kalau nak join click dekat nama ok :) 
tarikh tutup :31 Januari 2012 
hadiah:belum diberitahu lagi

nak tag:



Wednesday, 18 January 2012

18/1/2012

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua :)
hari ini hari rabu dan dekat sekolah aku ada kokurikulum untuk kelab dan persatuan..
ok, aku masuk kelas PPS (pengawas pusat sumber)..itupun baru ditubuhkan..
yang masuk pun mungkin tak tahu nak masuk apa kan..jadi masuk je lah..memang dialu-alukan pun..
lagipun pengawas pusat sumber dekat sekola aku sikit sangat..hurmm sedih pun ada..
aku lebih suka senior tahun 2009 dan 2010..memang baik dan sporting..
tapi bila tahun 2012 ni lagi lah buat aku bosan..
form 5 pun 3 orang je termasuk aku lah..
mula-mula cikgu pilih aku jadi bendahari tiba-tiba tukar aku jadi pengerusi..shafa ambil jawatan bendahari tu..
cikgu cakap dekat aku,'berani tak naik pentas?'..aku terdiam..semua dekat sekeliling aku cakap boleh je..
aku pun cakap 'boleh lah cikgu'..aku..aku rasa berdebar..takut tak boleh bawa..tapi aku cuba lah..
pengawas pusat sumber pun macam tak aktif sangat..kalau boleh aku nak pengawas pusat sumber aktif..
nak macam senior dulu-dulu..

dekat sekolah sekarang..aku dah rajin sikit-sikit..itupun ada juga malas..hehe
aku cuba perbaiki diri aku ni..
dan paling aku seronok ialah aku boleh jawap additional mathematics dengan baik..Alhamdulilah..
masa aku daftar SPM..aku fikir nak ambil ke tak addtional mathematics..lepas itu,aku terus ambil..aku nak lulus addtional mathematics..aku boleh buat.. :)
itu je lah aku nak cakap untuk hari ni..
jumpa lagi :)

Saturday, 14 January 2012

selasa..

14/1/2012

hello :) assalammualaikum semua..
ok nak cerita masa hari selasa..
selasa??kenapa dengan selasa..
selasa..adalah hari aku jaga perpustakaan di sekolah aku..
dan bosaaaaaaaaaaaan sangat..
aku suka tapi bosan betul..entah tiba-tiba aku rasa malas nak kemas buku..memang malas pun hehe (jangan ikut sikap aku ni)
aku jaga dengan shafa dan 2 orang form 3..
yang form 3 tu buat kerja hal masing-masing..
shafa bua kerja dengan bf dia..aku??nothing!
serius bosan..kenapa aku tak duduk dengan shafa sekali..aku tak nak kacau shafa..
jadi aku pun duduk seorang sambil termenung..


jadi aku pun ambil buku kerja sebab nak siapkan kerja sekolah..
hah..aku blur nak jawap soalan math..hurmm!
beberapa minit kemudian..datang muz,shafiq.azlina dan nik nadhirah..
aku punya happy giler..aku cakap dekat kawan aku..nasib baik korang datang..aku bosan..
lepas tu, aku pun join kawan aku..
banyak gelak-gelak..cakap-cakap..sampai aku pun penat nak bercerita..

laugh gif tumblr Pictures, Images and Photos

cakap-cakap sampai tak perasan dah habis masa aku bertugas..
patutnya 4.30 p.m. balik tapi pukul 5.00 p.m. aku balik..
lepas dah kemas-kemas tu..aku dan kawan aku pun nak balik..nak tutup perpustakaan..
tiba-tiba cikgu datang..dia masuk dan cakap 'eh,tunggu jap..siapa tertinggal calculator ni'
aku pun terkejut..terus ambil calculator tu..buat malu je aku ni..hehe
cikgu dah bising sebab tak kemas buku..sorry cikgu...
cikgu masuk..aku terus tinggalkan cikgu..aish..tak baik betul aku ni -__-
aku jahat kan..ish ish ish..

itulah cerita masa hari selasa..
aku nak minta maaf dekat shafa sebab tak join dia..tak apa lah aku tak nak menggangu korang..
harap selasa minggu depan..kawan aku masuk perpustakaan lah..
jumpa lagi blogger :)

Thursday, 12 January 2012

kenangan..

(12.1.2012)

hello :)
dah lama tak update blog..hehe sibuk dengan sekolah katakan hehe..
hari ni aku tak pergi sekolah sebab demam..
sekarang dah baik sikit lepas dah rehat secukupnya..
tapi kan...lepas aku dah bangun dari tidur tiba-tiba aku teringat kenangan masa form 1,2,3 dan 4

entah lah kenapa..
setiap kenangan datang dengan tiba-tiba..
yang paling best masa aku form 3..memang best walaupun masa tu PMR..
dapat rasa kegembiraan..aku kenal ramai lagi dekat sekolah aku..masa aku form 1 dan 2 aku tak berapa sangat..
bila teringat semua aku rasa sedih pun ada sebab aku fikir kenapa kenangan tu sekejap je..
tak lama sangat..
sekarang tak ramai dah online dekat facebook..semua sibuk untuk belajar..
kalau tak ramai je orang..
ada yang dah berubah sikap,ada yang dah pindah..
semua tak macam dulu..semua lain dan berubah..
mungkin ada sebab..cuma aku belum mencari jawapan..
bila aku teringat kenangan yang best tu..aku rasa semangat..yelah tahun ni aku terakhir bersekolah....
jadi aku nak buat tahun ni..tahun yang tak dapat dilupakan..
harap jadi kenyataan..

Monday, 9 January 2012

cakap sekejap

alamak dah pukul 12.30 a.m..memang esok susah nak bangun..
ok aku fikir..aku nak tutup akaun facebook..maksud aku tak nak online..tapi sebenanrnya aku nak deactive akaun aku ni..tapi tak sanggup pula..biar lah kot..entah!
kalau si dia tahu aku ni deactive..huish, dia marah..tapi sejak pindah ni aku tak tahu lah..
aku tak tahu dia baca ke tak blog aku ni..mungkin??
haish..banyak subjek dekat kelas tuisyen aku terpaksa aku tak ambil..sebab ada kelas sama dengan kelas pelajar form 4..
aku masuk kelas form 4 sebab nak ingat balik tajuk-tajuk dalam pelajaran form 4..
aku dah lupa sikit-sikit lah..hurmm..aku merancang esok nak duduk perpustakaan..nak ulangkaji balik..
tapi siapa nak teman aku..hurmm..pengawas perpustakaan lah yang teman aku..hehe

esok macam mana lah kan..banyak kerja sekolah yang belum diselesaikan..haish..
itu lah tangguh lagi..
tahun ni aku tak nak fikir negatiif lagi (fikir negatif tu bukan fikir yang bukan-bukan ye, maksud aku fikir yang membuatkan aku rasa lemah dan tak berguna)..aku kena berani tanya cikgu kalau ada yang tak faham..
malu tanya sesat jalan..betul tak??
tentang seni tu kan..aku belum ada keputusan nak ambil ke tak tapi memang aku nak..
esok nak tanya cikgu tentang folio seni tu, susah ke tidak..

aku fikir nak tukar unit beruniform tapi nak pilih mana ye..hurmm..
tengok lah dulu..
setahun ni, aku nak tahun ni tahun yang tak boleh dilupakan dan banyak kenangan terindah..
aku rindu masa form 3.. *sedih
banyaknya aku cakap ni..
sebenarnya banyak lagi, takut ada yang bosan pula baca blog aku ni..
mungkin aku tak online sangat dekat facebook tapi aku update dekat blogger..
aku takut, aku langgar penjanjian pula..
aku cuba juga lah..
bila ada masa aku akan update dekat blog ni..
aku akan cerita kalau aku sudi hendak bercerita..aku selalunya simpan je..kadang-kadang cerita dekat kawan
ok lah cukup lah tu..jumpa lagi blogger :)

Thursday, 5 January 2012

happy birthday to u :)

ehem..yeah,aku dah langgar perjanjian aku tak nak buka blogger kan..tapi aku dah terlalu minat sangat blog ni..aku pun buat post baru..tiba-tiba ada idea nak bercerita..
tarikh pada hari ni 5 januari 2012..
tengok tajuk aku..tentang birthday..birthday siapa??
aha!hari ni birthday yoseob oppa :)

happy birthday! :) hope you're smile always


hurmm..sebenarnya aku nak cerita lagi..tapi dah tulis tajuk macam tu..
tak apa lah kan heee :)
tahun ini aku mengambil SPM..memang aku takut,gentar,stres dan macam-macam perasaan lagi..
cikgu aku semuanya ok bagi aku cuma aku ada rasa sesuatu yang membuatkan aku takut..entah lah..
ok lah tak mahu taip banyak-banyak..sampai sini saja..jumpa lagi blogger :)

Tuesday, 3 January 2012

esok sekolah..

sebenarnya aku tak adalah semangat sangat nak pergi sekolah..
rasa happy pun ada..sedih pun ada..hahaha
sekarang status dekat fb tentang sekolah..twitter??ermm mungkin ada juga..
mungkin aku jarang online dan blogging..mungkin lah..
tadi si dia ada tulis status..yang dia takut nak pergi sekolah..yelah dia pindah..
jangan risau semuanya akan jadi baik..percayalah..kalau dia baca blog aku ni lah..aku tak pasti dia ada ke baca blog aku..ermm

tahun ni aku SPM dan SPM yang menentukan masa depan aku..
kena belajar rajin-rajin..dan aku nak hilang semua perasaan negatif dalam diri aku ni..
insyallah :)
aku belum kemas buku lagi..gosok baju sudah selesai..
sampai sini saja aku post..esok tak,aku nak cuba tak nak buka facebook,twitter dan blogger..
mungkin aku post masa hari sabtu dan ahad..mungkin..
ok jumpa di post akan datang :)

Monday, 2 January 2012

nak ambil ke tak??

aku sekarang risau dan bingung..
aku tengah fikir adakah aku patut tambah seni untuk SPM nanti..
sekarang aku ada 10 subjek bila aku ambil seni aku ada 11 subjek..
boleh ke bawa??math dan add math pun aku masih lemah..
arghh!!nak atau tak??haish..

kenapa aku tak tambah masa form 4 dulu..
masa tu memang aku nak ambil tapi asyik lupa dan sibuk buat folio akaun terus aku tak ambil..
aku sayang kalau tak ambil add math..dah belajar setahun takkan nak tinggal macam tu je..
sama juga dengan ekonomi dan tassawur islam..
tassawur islam tu adalah tambahan..memang bila aku dapat kelas akaun..tassawur islam dah ada dalam subjek dalam aliran aku..
aku minat seni..memang sejak kecil lagi aku nak belajar seni..
aku suka melukis..lukis macam kartun jepun..
tapi aku nak bawa 11 subjek aku rasa beban..10 subjek aku dah stress belum lagi 11 subjek..

thinking Pictures, Images and Photos

aku suka seni tapi kalau ambil memang aku kena serius betul-betul..aku ni boleh ke??ahh apa harus aku buat??
aku dengar kalau yang ambil seni sebagai tambahan..dia kena belajar sendiri..entahlah orang cakap..
ikut kemampuan aku..aku fikir aku tak boleh buat sebab aku tengok keputusan exam pun agak mengecewakan..
tapi aku nak sangat..memang nak..
aku tak tahu nak ambil ke tak..sesiapa boleh bagi pendapat??

Sunday, 1 January 2012

selamat datang 2012..selamat tinggal 2011




baru lepas tengok bunga api tadi..
macam biasalah mesti ramai tengok termasuk aku..
selamat datang 2012 :) harap tahun ini paling best dari tahun sebelumnya walaupun aku adalah calon SPM pada tahun ni..
aku sebenarnya nak cerita memori dalam tahun 2011 tapi dah masuk 2012..
dah terlambat..tapi tak apa lah..aku cerita juga *degil

tahun 2011..
bagi aku tahun 2011,tahun yang paling mencabar..
baru aku faham tentang kehidupan..selama ni aku suka main-main..
bila masuk tingkatan 4..hah!!!!mencabar!!
tahun 2011 juga aku pergi ke luar negara..aku pergi ke United Kingdom..
bukan aku nak berlagak cuma aku nak bercerita memori pada tahun 2011..



banyak lagi gambar sebenarnya..tapi cukup gambar ini saja..
kenangan pergi luar negara sangat lah menguji kesabaran..tapi best :D
selain aku pergi luar negara..
kenangan aku dan farissham :)
rindu dengan dia sekarang dia dah pindah..adalah juga mesej dia..
tak adalah nampak dia dekat sekolah lagi..
rindu balik dengan dia,makan dekat kantin dan teman aku jaga library..
harap dia happy di tempat baru..hey,jangan lupa saya dan kawan-kawan lain :)

aku dan kawan ada pernah masuk digi live sekolah ku berbakat..aha..tak terpilih pun..
tapi kan..pfftt..kelakar juga..
aku,eiza,anis dan farissham..hehe dia masuk pun sebab rasa macam kurang orang..thanks sham :D

tentang pelajaran..ermm add math aku tak pernah lulus..
tahun ni aku nak add math aku lulus..berusaha!! hehe :)
sebenarnya yang aku pergi luar negara..aku tak dapat cerita dekat blog sebab bila aku nak letak gambar..ada problem..
takkan nak taip panjang tapi tak ada gambar..bosan kan..macam karangan pula..
lupa pula..dan aku ada dapat kawan di Facebook..iaitu marsya,kamaliah,dura dan semua..terima kasih :)
itu je lah kenangan aku pada tahun 2011..banyak lagi tapi aku dah lupa..
tahun 2012 ni,aku harap semuanya keadaan yang baik..perbaiki diri yang tengah malas ni..
selain itu,harap tahun ni paling bermakna buat aku..