Wednesday, 29 February 2012

macam-macam..

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..
aku nak cerita fasal sekolah aku ni..
lebih-lebih lagi blok tingkatan 5..
nak tau sebab apa??ok aku cerita..

aku agak tak puas hati la dengan blok ni..
sebab elektrik dia asyik putus je..kejap on kejap off..
dia ada masa tau..pagi dia ok..petang dah buat masalah...
aku tak tahu kenapa..mungkin kabel dia macam tu..
tapi aku rasa pelik la kan..yelah kelas tingkatan 5 atas sekali pastu asyik-asyik ada masalah..
yang tingkat 1 dan tingkat 2 tak ada masalah pula..tingkat 2 bilik akses dan tingkat 1 library..
aku kan pengawas perpustakaan...masa aku jaga tak ada masalah..
hurmm..kenapa ye..fikir punya fikir..jawapan sama iaitu kabel dia berlainan..(betul tak?)

aku memang tak faham dengan blok tu..
ada la satu hari tu..pukul 2.30 petang kelas A dan kelas B ada belajar untuk math..
masa tengah belajar tu..tiba-tiba lampu tertutup, tak sampai beberapa minit buka balik lepas tu tutup..
macam ada orang main-main je benda tu..aku dan kawan-kawan aku sabar je lah..
aku rasa terganggu juga tapi ada angin rasa nyaman sangat :)

itu lah aku nak cerita..
sebenarnya sekolah aku exam..itu la aku jarang nak update blog..
ada sekolah baru start hari ni kan..
good luck semua :)

Sunday, 26 February 2012

terima kasih kawan :)

assalammualaikum dan selamat sejahtera

rindunya dekat blog ni..
aku dah lama update blog..sebab...aku tak tau nak post apa dan sekarang aku sibuk dengan exam..

ermm..aku kan asyik cerita yang aku ni sedih dan stres..
lepas dah kena nasihat semua dari kawan-kawan aku..aku rasa ok lah juga..
aku nak berterima kasih dekat kawan aku sebab nasihat aku walaupun aku ni jenis susah nak terima nasihat orang hehe..
kawan yang nasihat aku ayat dia buat aku terasa tapi betul juga apa dia cakap..
aku fikir-fikir baru aku sedar semua..

aku cuba bangkit supaya aku tak stres dan sedih lagi..
lagi satu, lupakan perkara yang membawa kita sedih atau patah semangat..past is the past..
apa yang penting kita sekarang menuju ke masa depan dan kena bekerja keras untuk masa depan..
semua nak berjaya kan?? aku juga..
jadi, apa yang penting kita kena berusaha :)

kalau lah kawan aku tak nasihat aku mungkin aku dalam keadaan yang tidak menentu..
terima kasih kawan :)

Friday, 17 February 2012

cara baca Al-Fatihah dengan betul

assalammualaikum dan selamat sejahtera

tadi aku ada baca 1 blog kakak ni..nak tahu blog akak ni tekan sini
dia ada post 1 entry iaitu cara baca Al-Fatihah dengan betul..
aku fikir..aku dah bagus lah kalau baca Al-Fatihah ni tapi takut lah kalau cara aku baca salah..ragu-ragu juga kan..jadi aku pun tengok video ni..
kakak ni share video ustaz Don..
mari kita belajar dan lihat bersama-sama..semoga kita dapat memperbetulkan bacaan kita :)

minta maaf..

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

sejak akhir-akhir ni, mood aku agak terganggu..
sampai kawan aku tanya..

kawan: eh, atikah kenapa kau asyik tak ada mood je ni..kau ok tak??
aku:      tak ada lah..aku ok :)
sebenarnya aku tak ok..
saja tak nak kawan aku risau disebabkan aku..
entah lah tiba-tiba aku dah ubah sikap aku..
dulu, kalau kawan aku perli aku..aku tak terasa tapi aku anggap itu hanya gurau je..
tapi sekarang aku terasa dan hampir nak marah..
kadang-kadang aku terfikir lah..kenapa dengan aku ni..asyik nak marah je..

aku minta maaf kat kawan aku yang lain sebab aku asyik tak ada mood je..
lepas itu, menyendiri lah..aku memang macam tu pun..
minta maaf sangat-sangat..
dan minta maaf dekat diri sendiri kerana aku menyebabkan diri aku jadi macam ni..

Tuesday, 14 February 2012

mystery mystery

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

apa yang mystery ni??
tak aku nak cakap fasal lagu b2st ni..
sebenarnya lagu ni dah lama tak silap aku tahun 2010..
walaupun lagu ni dah lama tapi aku suka sangat..aku dengar sampai sekarang..

yang bawah ni lah mv dia..
lagu dia sikit je..cuba tengok masa live..aku suka dance dorang :)

Monday, 13 February 2012

hari yang sangat penat..

assalammualaikum dan selamat sejahtera

hai..semua..
atikah kembali lagi *sambil tunjuk gigi
hehe..hari memang memenatkan..padahal setiap hari aku rasa penat..tapi hari ni paling aku rasa penat sangat..
ayat aku memang agak tak teratur..

ok macam ni..lepas sekolah..aku balik lambat nak siapkan lisan BI..
patutnya siap sebelum 3.30 tapi pukul 4.00 baru habis..banyak cakap dengan kawan biasalah..
nasib baik ada faizah (kawan aku)..boleh dia teman kan..
dah hantar lisan BI tu..aku terfikir nak pergi library..jadi, aku pun pergilah tapi aku cakap dengan faizah dulu..
faizah tak keseorangan..dia ada kawan juga..

masuk je library nampak muzfirah,shafiq dan budak form 3..
alang-alang ada kawan aku ni boleh lah ajar aku math..
aku pun keluar kejap..nak cari buku math tapi tak ada pula..
aku turun pergi kantin..dah lah jauh..berlari-lari aku..semput! nampak sangat dah lama tak bersenam..
sampai kantin, tak jumpa pula..haish..pergi cari dekat kelas takut tertinggal bawah laci..
berlari aku..rasa nak menjerit je sebab penat sangat..

tak ada lari sampai macam ni..saja letak gambar taeyang tengah lari  hehe

sampai je kelas..tengok laci meja aku..jumpa juga..haish penat aku..
dari blok lain ke blok lain..turun naik tangga..
memang aku bersenam hari ni..bersenam sampai aku semput..
ye, aku jarang bersenam..take a note atikah *angguk-angguk
lepas tu, aku turun terus pergi library..
ingat nak ajar math kan..hmm bukan nak ajar pun..penghabisannya aku dan kawan aku gelak je..
mana tak nya, shafiq asyik buat lawak je..aku mula-mula tahan lama-lama aku pun terikut..memang bagus..
esok memang kena marah dengan cikgu math aku..sekarang akaun pun belum siap lagi..bersedia lah atikah ye..

itu lah cerita aku pada hari ni..memang penat sangat..
maaf cerita aku tak berapa menarik dan ayat pun tak teratur..
sekian terima kasih hehe *tiba-tiba je

Thursday, 9 February 2012

kenapa aku menangis ni..

image






sejak akhir-akhir ni, aku banyak menangis..
mungkin aku banyak masalah dan aku banyak fikir..sampai air mata aku mengalir..
aku rasa aku kena elok kan diri balik..
sebab aku rasa macam lemah sangat..tak berdaya...
aku tak nak menangis lagi :(



Wednesday, 8 February 2012

mblaq

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

pasti ada kenal siapa mblaq ni kan..
ni adalah group korean..
aku nak cerita fasal lagu baru group ni..
aku tengok pun sedih, tak tahu kenapa..kalau hayati lirik dia..memang sedih sangat lah..
aku tahu lagu ni keluar masa bulan januari..cuma nak beritahu saja..

ok ni video lagu dia..

aku ambil ni ada lirik sekali..
dia ada cut satu scene sebab cerita dia panjang..
ni full version dia..

Tuesday, 7 February 2012

tempat yang aku suka :)

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

korang mesti ada tempat yang korang suka kan..
tempat korang berborak dengan kawan dan boleh mengisi lapang..
aku suka pergi tempat ni..tempat yang aku suka ialah bakery shop

kenapa aku suka pergi tempat ni??
memang lah dapat makan kek dan roti yang sedap..tapi aku suka tengok sebab nampak sedap dan comel..
mengisi masa lapang yang aku cakap..maksudnya,ini pendapat aku lah..kita makan kek..lepas tu baca buku..
alangkah nyamannya kalau aku dapat buat macam tu..
tapi tidak..aku hanya pilih,beli dan balik..
aku tak pernah duduk lama dan berborak dekat bakery shop..
kalau boleh, aku nak pergi seorang..hehe..baru ada rasa macam mana duduk dekat bakery shop..

aku pernah lah terfikir nak belajar buat kek dan roti ni..
tapi kan kalau nak belajar..mesti ada kerajinan yang tinggi..(hehe ayat dia)
dan kena tahu asas-asas nak buat kek dan roti..
contoh macam alat-alat dia seperti pengacau,mangkuk,sudu dan lain-lain lagi mesti kering..
betul tak??
aku ni agak malas..tapi aku cuba perlahan-lahan..
ok aku tadi nak cakap  tempat yang aku minat kan..tapi aku cerita lain pula..err takpe lah.. :)

hahaha aku tak tahu nak cakap apa dah..
aku nak sangat duduk lama dekat bakery shop tapi aku mana boleh keluar..
itupun pergi dengan ibu saudara aku..
jarak antara rumah aku dan bakery shop..ermm tak lah jauh mana...



         

Sunday, 5 February 2012

Contest I Love My BFF

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)
hey hey..aku masuk satu contest ni..
dan contest ni bertajuk Contest I Love My BFF yang dianjurkan oleh Nadia

ini lah kami..dia yang bertudung pink tu


kami berkenalan masa kat tuisyen, kalau tak silap masa tu form 2..
nama dia ADIBAH BINTI MUHD FAUZI
dia seorang yang:
  1. peramah
  2. suka membantu
  3. penyayang
  4. dia seorang yang tak kisah
  5. garang kalau ada orang cari fasal dengan dia
  6. cepat merajuk
  7. suka warna biru macam warna blog aku ni
  8. yang paling aku suka dia tahu bila aku ada masalah
aku takkan lupa kenangan kami bersama..
kongsi makanan..lebih-lebih lagi biskut dan slurpee dekat 7E
haha sampai bergilir-gilir siapa nak belanja..
walaupun kami sekarang berlainan kelas..
kami tetap berjumpa masa kelas add math dan sejarah..
masih sama kongsi makanan juga tapi berlainan..aku beli cokelat dan kongsi dengan dia..
berkongsi cerita dan beri pendapat..bila ada masalah ktorang luahkan..
yang paling aku tak lupa..dia sanggup ambil kupon add math untuk aku..jarak sekolah dia dan tuisyen ermm jauh juga lah..tapi bagi aku,aku rasa sangat terharu..thanks kawan..
dia nampak je garang tapi kalau kita kenal secara dekat kita tahu dia macam mana..
itu lah tentang dia :)

haha maaf panjang pula post ni..hehe
ok nak tag:
http://ihatesbitches.blogspot.com/
http://lulu-misspinjudiary.blogspot.com
kalau nak join contest ni..klik kat nama nadia tu :)

Saturday, 4 February 2012

blog seperti biasa

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)
aku dah tukar balik blog aku seperti biasa..
siapa-siapa yang pernah jejak blog aku..tengok header aku..dia dah pisah dengan blog kan..
aku dah sambung kan balik..

kenapa aku sambung??
ok sebenarnya bila aku dah siap edit semua tapi bila nak preview tak boleh pula..
jadi baik aku sambung balik..nasib baik boleh..kalau tak, aku kena buat semua from A to Z..
aku pernah sekali tersilap terpaksa buat balik..begitu penatnya aku..
dan sekarang jadi macam biasa balik..
nanti aku edit lah sekarang rasa malas nak edit blog ni..
aku ada tukar lagu hehe
lagu dari drama he's beautiful-without words by Park Shin Hye
sebenarnya aku belum habis tengok cerita ni..baru nak tengok cd dia dah hilang..
mana tak hilang..mak cik aku tengok lepas tu letak di merata-rata tempat..
terpaksa lah tengok secara online..kalau aku rajin hehe..

haha aku ni suka cakap sampai keluar dari tajuk..hehe
kalau aku tak sedar mesti lagi jauh aku bercerita..
nampak je aku banyak cakap kan..tapi aku ni pemalu.. :)

Wednesday, 1 February 2012

header baru hehe :)

assalammualaikum dan selamat sejahtera..
eh, aku ada ubah sikit blog ni..perasan tak??tak??
tengok betul-betul hehe..
mesti dah tahu kan..yelah tengok tajuk tu..

ok nanti aku banyak merepek pula..
cantik tak header??bagi aku nampak simple lah..
aku tak ada idea..baru belajar buat header..
dan thanks kepada seseorang ni yang bagitahu macam mana download font..
aku rasa nak ubah dekat blog ni..nanti aku fikirkan..

ermm aku rasa blog aku ni nampak bosan..
aku cerita pun macam biasa je..tak ada menarik sangat..
itu pendapat aku lah..macam mana dengan anda??
aku tak ada cerita nak di kongsi kan..saja nak bagitahu aku buat header(itupun nak bagitahu ke?)
hahaha tak adalah..saja nak cakap ok ke tak header ni..ada kekurangan ke..
lain orang lain citarasanya..eh betul ke??haha entah..aku rasa ya :)