Wednesday, 28 March 2012

hai! :D

assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

hai apa khabar semua??sihat??
aku??Alhamdulilah...uishh..dah lama tak update blog ni..
aku sibuk..dengan kerja sekolah dan study lagi..aku agak stres sebab nak susun waktu untuk study..
haish..form 5 tahun yang paling mencabar buat aku..
bila aku nak serius..aku tak tahu lah..

ok..
minggu ni ada lah aku happy..
hari selasa, aku dan eiza pergi komples sukan..nak tengok eiza practice dance..
aku seronok tengok..aku fikir kan best aku pun join..
tapi difikirkan balik..aku pandai ke dance??lagi-lagi k-pop..bagi masa agak lama..
aku tengok sambil berangan-angan..

lepas tu, kawan-kawan eiza pun datang..
so, aku tak nak lah kacau eiza..aku pergi join kawan eiza..aku ada kenal dengan dorang..so, join je lah
snap picture dengan dorang walaupun time tu aku malu..hehe
memang dorang gila-gila betul..memang seronok!!
dah habis tu, aku balik dengan senyuman yang lebar.. hahahaha
jumaat eiza ada dance competition..FIGHTING EIZA!

for u eiza :) comel kan dia senyum

Tuesday, 20 March 2012

segmen blogwalking by Azimah Zulkifli

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

aku di tag oleh seseorang :)
thanks :D 


ok nak tag : si dia

klik sini kalau siapa nak :)

Friday, 16 March 2012

Simple Giveaway by Mya Vinnfier

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

hari ni aku nak masuk giveaway ni..
aku tertarik sangat lah..tu aku cuba..

ok ni banner dia

klik sini kalau nak join :)

nak tag : awak, awak dan awak

Thursday, 15 March 2012

adab-adab menuntut ilmu

Assalammualaikum dan selmat sejahtera :)

hari ni aku nak berkongsi tentang adab-adab menuntut ilmu
ini pun aku jumpa dekat blog si dia


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah  memberi  amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa  ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :………Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -  Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan  masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat  diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama  yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :”Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?”. Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya.   Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama’-ulama’ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

3.  MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang   mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.

5.  BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini  kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan  zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai  setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja  kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke’aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang  mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada  rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

7.  DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra’ yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan “uf” dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : ” Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil”.

8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi’e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab’adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama’ silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama’ silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan  ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa  kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

done!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

akhirnya selesai juga kerja aku untuk edit blog aku ni..
aku gembira tengok blog aku sekarang dengan warna merah jambu..
sebenarnya nak tukar header juga..tapi komputer buat hal..
tak apa lah, bila komputer aku dah sihat sepenuhnya..baru aku tukar header..

kenapa aku tukar kepada pink??
dulu warna blog aku warna biru..
aku suka juga..bila aku jumpa background warna pink tu..terus terfikir nak tukar..
mengambil masa aku fikir semua ni..akhirnya aku setuju juga..
aku bukan peminat pink..tapi entah lah..tengok warna dia..lembut je mata memandang..
biru pun ok gak :)

ermm macam mana perubahan blog ni??ok tak??

Wednesday, 14 March 2012

blog tengah dikemaskinikan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

aku tengah kemaskinikan blog aku, tu nampak macam tak selesai lagi
ye, aku tak puas hati dengan komputer aku..tapi aku nak juga tukar.. (degil betul)

minta maaf sangat-sangat..
esok aku edit semua..sebelumnya blog aku warna biru..
aku tukar kepada pink..
nice tak??

ermm tu je lah aku nak cakap..
jumpa lagi :)

Sunday, 11 March 2012

2nd Giveaway by Yana Saniey


tag : awak dan awak
klik sini kalau siapa-siapa nak join :)

haish..

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

aku fikir cuti sekolah seminggu ni nak cantikkan blog aku..
tapi tiba-tiba ada masalah pula..komputer aku tak boleh nak on..
haish..kena repair lah jawabnya..
ini pun aku guna laptop mak cik aku..sekarang dia kerja, jadi aku pinjam kejap hehe

aku memang kena pakai komputer sebab aku dah siap semua untuk blog aku ni..
tak sempat aku nak belajar guna photoshop..
ikutkan aku nak je aku download kat laptop mak cik aku tapi orang punya kan..tak jadi lah..
komputer cepat lah pulih ye..

cuti seminggu ni??aku tak pergi mana-mana..
macam biasalah duduk rumah je..kalau ada masa aku keluar..itupun dengan mak cik aku..
kawan aku kata nak datang rumah aku..tapi tak tahu lah bila..
harap dia datang lah..aku bosan ni :(
aku online facebook pun bosan..last-last aku dengar lagu dekat youtube je lah..
ermm...
oh dah lambat..aku nak tidur..esok tuisyen..

Friday, 9 March 2012

contest blog saya cute

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

ada orang ajak aku untuk join contest ni..
jadi aku cuba lah dulu..
agak menarik gak..

syarat-syarat:


·         FOLLOW blog eira

·         LIKE  SINI !                


·         buat entri mengenai CONTEST BLOG SAYA CUTE ! [done]


(copy paste seluruh entri contest ni bagi memudahkan orang lain untuk itot contest ) 

  • letak banner nie dekat sidebar korang  cutee tu~ 
>sehingga 18 april 2012<

<a href="http://eiracayoo.blogspot.com" style="font-weight: normal; font-style: normal; "><img src="http://4.bp.blogspot.com/-SI2N82nXdU8/T08owrExgxI/AAAAAAAAAHU/7GZAB_bu6ZA/s1600/anigifh.gif" />
( untuk copy, CTRL+C ) 

·         TAG kan entri korang tu kepada 3 org blogger lain, pastikan mereka tahu dengan menghantar LINK ENTRI KAMU ke FIBOX atau CBOX mereka

·         dan yang TERAKHIR !
COMMENT DAN HANTAR LINK ENTRI KAMU DEKAT COMMENT BOX EIRA...

itu sahaja~ ehehe


PERHATIAN :
·         Jika penyertaan tidak melebihi 10 orang,
CONTEST akan DIBATALKAN~ :'(
RAJIN-RAJIN PROMOTE KAT MEMBER KORANG contest nie. muahh ! ^_^

  • BLOGGER yang tidak mengikut syarat akan DIBATALKAN PENYERTAAN .

·         tarikh mula          : 03 mac 2012
·         tarikh tamat        : 18 april 2012


tarikh pengumuman pemenang :
20 april 2012
( my birthday ! HEHE PROMOTE CIKIT )


HADIAH :


      ·         KREDIT CELCOM or DIGI ( RM10) 1x
·         CUTE HEADER MADE BY eiracayoo 3x

( contoh header , nak lagi cute, boleh request)

·         BANNER korang di sidebar eira untuk 1 bulan  3x
·         JPG into GIF ( YOUR OWN CUTE PICTURE )* EDITED BY eiracayoo 1x
( ini contoh hadiah JPG into GIF )
oopsss~!
(btw, this is eiracayoo ~ hehehe)


SAGUHATI :
STICKY POST : REVIEW YOUR BLOG  2 days
( printscreen include your blog link )
>>semua yang menyertai<<


CIRI-CIRI PEMENANG :

·         Akan dipilih mengikut BLOG yang paling CUTdan kemas..
tidak terlalu banyak widget/gadget..
·         Mesra dan menarik perhatian eira~ ^_^
·         PEMENANG HANYA 8 ORANG..
·         1 ORANG 1 JENIS  HADIAH saja tau~ heehehe berdarah  laa hidung nak bayar korang~ hehe

DITAJA SEPENUHNYA OLEH :

ENCIK adverlets
PUAN churp-churp

( more donate more gift )
so, klik iklan yang ada dekat blog eira ! hehehe
( tak wajibb, suka suka korang nak sedekoh ) hehe


nak tag awak,awak dan awak

Monday, 5 March 2012

today my life is begin

assalammualaikum dan selamat sejahtera  :)

sekarang aku nak bangun diri aku..
yeah..aku agak lemah bila aku mengalami kekecewaan..

semua pernah merasai perasaan ni..
siapa tak pernah kan??
aku bila kecewa sangat aku akan nangis..
tapi dia tak nangis..kenapa aku nak nangis??
satu je, lupakan hal tu..dan mulakan hidup baru..

aku walaupun rasa sedih dan kecewa..
aku cuba lawan perasaan ni..lawan dan lawan..
akhirnya aku terbiasa..
kehidupan kita takkan terlepas dengan ujian..
apa yang penting kita terima apa yang tejadi pada kita..
kita kena kuat..tunjukkan bahawa kita tak lemah..kita kuat kan??
aku akan cuba..aku nak lawan..
Atikah tak lemah!!

Saturday, 3 March 2012

minta maaf shafa

assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

errmm..aku taip ni khas untuk seorang kawan yang bernama shafa..
aku tak tahu lah dia baca ke tidak..
tajuk dia agak menyedihkan..
sebenarnya aku minta maaf dekat shafa sebab aku macam dah tak layan dia..

sejak kawan dia dah pindah..dia nampak keseorangan..
kadang-kadang dia datang tempat aku dan fatimah..borak-borak..ketawa-ketawa sama..
tapi sekarang aku dah tak layan dia sangat..
kadang-kadang dia dengan BF..jadi, aku tak nak lah kacau dia..
aku rasa bersalah sangat..

aku nak minta maaf dekat dia tapi...aku takut..aku hanya senyap je..
isnin ni mungkin aku akan cakap..
kalau boleh aku nak teman dia..cakap dengan dia..
aku tak nak dia lonely..
sometimes, lonely is painful..
aku tahu sebab aku pernah rasa..dan sekarang aku dah rasai..

kepada shafa..saya nak minta maaf sebab tak layan awak..
saya tahu saya sombong asyik dengan fatimah sampai lupa awak..
jangan risau..nanti saya cakap,call dan mesej awak ok..