Wednesday, 30 May 2012

drama detective conan

assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

huuh ~ cuti! mcm mana cuti korang?best tak??
aku??ermm ok2 je..
lagipun aku tengah syok tengok drama detective conan..bukan yang lama punya tapi tahun 2011

baru first tengok live action ni..jadi aku pun layan je lah..tapi best :D
dalam cerita ni..dorang terperangkap dalam satu bilik putih ni..
dan ada dalam bilik putih ada 1 mesin yg tulis tarikh pada hari kejadian..
dan dia kena jawap apa menyebabkan kejadian tu berlaku..aku rasa lah..
lepas dia dah berjaya..dorang dapat keluar tapi bilik yang sama gak..
drama ni sedih,kelakar dan banyak beri pengajaran..

dan pesalahnya adalah....

cool kan??
aku suka watak kudo shinichi iaitu mizubata junpei..
yang ni masa dorang tengah selesaikan 1 kes..yang hattori heiji sebenarnya dia detektif terkenal..
tapi kudo ni tak beritahu sapa sebenarnya kudo sebab dia nak tengok macam mana hebatnya hattori ni..
dorang bukan berjumpa tapi secara tak sengaja..

yang paling sweet..ran selalu ada di sisi kudo..
ran sangat-sangat ganas..hehe
jadi kudo kena hati-hati lah hehehe..

itu je lah aku nak cerita pada hari ini..
ok jumpa lagi :)

Wednesday, 23 May 2012

adakah dia masih ingat pada aku?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

ermm tajuk dia atas ermm..agak sedih kan..
yeah! betul tu..
haaahh ~ sampai sekarang aku tak pandai buat pendahuluan bila nak cerita..
ahh..tak apa lah..

dia??siapakah??
aku maksud kan pada kawan-kawan lama aku..
dorang ingat ke aku?? atau dorang dah lupa aku..
tapi ada segelintir yang masih ingat aku..bagus lah kan :)
tapi ada lah buat aku sedih lah..mungkin sebab dah matang kan..mungkin dia malu kot..entah lah..

semalam, aku balik rumah aku kejap nak ambil buku teks sebab nak study..
antara rumah dan sekolah tak jauh sangat..kira-kira 10 minit dah sampai..
masa dalam perjalanan tu kan..aku terserempak dengan 2 org kwn lelaki aku ni..
aku just senyap sebab aku malu sangat..yelah dorang kan pandai..aku hanya sederhana..
tapi yang sedih kan dorang tak cakap hai..berlalu macam tu je..
bukannya apa..salah seorang kawan aku..dulu aku rapat dengan dia..
masa darjah 4 kalau tak silap lah..memang kita orang banyak cakap..memang rapat juga lah..
lagipun rumah dia agak jauh juga lah..dia lorong lain aku lorong lain..jumpa pun masa mengaji..
sejak naik dia naik kelas pertama..dia dah tak cakap aku sangat..aku pun buat hal sendiri..
sampai lah ke sekolah menengah,dia sekolah tempat lain..terserempak pun aku hanya buat biasa je..

aku tak fikir dia sombong ke apa..
cuma aku fikir kenapa dia dah lama tak bercakap dengan aku..aku ada buat salah ke??
aku memang rindu masa sekolah rendah..gembira dengan kawan-kawan..
bila dah remaja ni agak susah..yelah semua dah matang kan..so banyak perubahan dalam diri masing-masing..
aku harap aku dapat bercakap dengan dia..say hello pun tak apa lah..
 p/s: aku sekarang rindu dengan kawan-kawan lama..

Segmen Bloglist by Bella Hamzah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..


saya join :D
siapa nak join klik sini... 

Sunday, 20 May 2012

segmen: blogwalking and follow by Nurul Aisyah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

ehem..
hehe..aku tak nak cakap apa sebenarnya..
tapi aku terdetik nak join segmen ni..blog dia cool dan dia ni mesti peminat anime :)
ok segmen ni dibuat oleh cik Nurul Aisyah..


lawa banner dia..
ok siapa-siapa nak join ni klik di sini cik Nurul Aisyah

ok nak tag:
awak,awak dan awak

Saturday, 12 May 2012

Kenapa dengan aku?

Asalamualaikum semua :) Hari ni aku nak bercerita fasal hari ni.. Memang hari ni hari malang aku.. Tapi aku sabar dengan apa yang telah berlaku.. Cerita dia begini... Masa tu aku baru lepas kelas bahasa Melayu... Aku nak turunkan nak beli makanan kejap..aku turun lah.. Tiba-tiba aku jatuh..memang sakit sebab kaki aku terseliuh dan lutut kanan terjatuh sekali.. Memang sakit lah kan..nasib baik ada org bantu.. Aku pun tak faham..kenapa aku jatuh? Mungkin masa tu aku fikir lain sampai tak berhati-hati.. Lepas kejadian tu..kepala aku pening.. Kawan aku panggil.. Kawan: kenapa ni? Aku. : tak, kita jatuh tangga tadi..pening pula rasanya.. Kawan: patutlah pucat muka...balik naik apa? Aku. : naik kereta Kawan: nasib baik lah... Perbualan kita orang berhenti di situ.. Aku terus pergi kedai dan beli makanan.. Dengan kaki yang sakit aku tetap pergi kelas seterusnya.. Sekarang kaki aku sakit..lutut lebam.. Harap janganlah jadi teruk..

Saturday, 5 May 2012

alat muzik yang aku nak sangat belajar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera :)

hari ni aku nak share dekat korang tentang alat muzik yang nak sangat belajar..
ye aku sangat bosan..jadi apa kata aku share..jadi korang boleh share juga kan..
aku sekarang tengah usaha untuk kumpul duit nak beli gitar..
harap dapat lah aku beli..
ok..

alat muzik yang aku nak belajar ialah...

gitar

aku minat sejak aku dengar lagu dan tengok orang main gitar..
aku pernah cuba..tapi tak berbunyi gitar sebab tangan aku tak kuat..
sedih betul..tak apa tak apa..bila aku dah dapat aku cuba berlatih..

yang kedua pula...

violin
bunyi dia memang indah..
sebenarnya aku suka lagu classic..
aku mula dengar masa aku pergi orkestra..bunyi sangat-sangat indah..aku suka sangat..
memang aku tahu aku tak dapat belajar violin tapi mendengarnya aku dah cukup puas :)


dan akhir sekali...

piano
ini pun sama..aku mula dengar masa dekat orkestra dan orang cover lagu dengan piano..
kalau kita dapat rasai kita seperti di tempat yang indah dan penuh dengan lagu yang lembut (ayat aku hehe)
aku suka melodi dia..
aku cuma tahu main lagu mary had the little lamb..
aku berharap sangat dapat belajar main piano ni..

hah..ni lah alat muzik yang aku suka..
walaupun aku tak dapat pelajari tapi aku dapat mendengarnya..
cuma gitar je aku tetap nak beli...
korang macam mana pula??cuba lah share :)


Tuesday, 1 May 2012

hanya bercerita

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..

sekarang blogger dah berwajah baru..
terkial-kial aku nak cari mana new post..
minggu ni macam biasa..semua biasa je..
makan,minum,belajar,cakap dan banyak lagi semua sama..
maksud aku macam tak ada perbezaan lah..
cuma ada benda yang mengacau dan mencabar kesabaran aku..(ya,aku tak pandai marah orang cuma geram sikap sesetengah orang yang di sekeliling aku)

entah lah, ada benda yang aku tak puas hati..aku cuba lah melawan..
aku hanya bersabar..
sabtu lepas aku balik Puchong..jumpa keluarga aku..
ah..rindu sangat-sangat..aku rindu masakan mak aku..rindu nak bergurau dengan adik aku..
semua aku rindu...
jadi hari sabtu tu lah..aku melepaskan rindu aku dan keluarga aku..

ok cerita tentang lagu pula..
dah dengar lagu B.A.P power??
mesti ada dengar kan...

we got the power!
memang awesome sangat-sangat..
aku suka part spray tu..

lain daripada yang lain..
aku terfikir juga macam mana orang nak buat dance cover nanti..
mungkin dia pakai spray air kot..entah lah..
ok habis tentang lagu..

bulan mei dah datang..
cepatnya masa berlalu..ok aku sangat takut..memang takut..
bulan mei nak siapkan folio akaun...huuuuh!
aku harap bulan mei..bulan yang baik pada tahun ni...
jumpa lagi blogger.. :)